2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 7:08 PM

9Isnin,Disember

Jambatan terbang

Slauerhoffbrug jambatan terbang yang gah di Belanda.
 
BELANDA, yang geografinya berada di bawah paras laut merupakan negara yang mendahului dalam bidang kejuruteraan dan mempunyai kecenderungan melakukan perkara yang berbeza.
 
Mengambil contoh kejayaan Belanda dalam menghasilkan benteng penahan air gergasi, ia dapat melindungi negara itu daripada menerima kesan taufan yang menghalang daripada berlakunya hakisan tebing.
 
Atas faktor muka bumi Belanda yang mempunyai banyak sungai yang juga pengangkutan terpenting selain darat, pembinaan jambatan menjadi keutamaan bagi menghubungkan satu kawasan ke kawasan lain.
 
Pembinaan jambatan yang mampu diangkat dan diturunkan dengan pantas dapat memastikan kelancaran aliran trafik di air mahupun di darat.
 
Namun, pembinaan jambatan angkat agak terlalu besar bagi terusan sempit Belanda manakala jambatan yang panjang bakal memberi kesan kepada sumber semulajadi negara ini.
 
Jurutera Belanda lalu menyelesaikan permasalahan itu dengan membina jambatan 'terbang' Slauerhoffbrug yang mempunyai mekanisme unik bagi menaikkan sebahagian rentasan jambatan dengan cepat supaya kapal boleh melaluinya.
 
Slauerhoffbrug direka bentuk oleh Van Driel Mechatronica dan dibina merentasi Sungai Harlinger Vaart yang menjadi laluan air penting di Leeuwarden, ibu negeri wilayah Friesland.
 
Menurut Mechatronica, Slauerhoffbrug direka bentuk dengan kebolehan untuk merasa dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya.
 
Jambatan yang dibina menggunakan besi dan keluli itu difahamkan mengangkat dan menurunkan bahagian rentasan jambatan tersebut sebanyak 10 kali sehari.
 
Slauerhoffbrug siap dibina di Leeuwarden pada tahun 2000 dan turut dikenali sebagai tail bridge kerana mempunyai pengimbang balas pada penghujungnya.
 
Sebelum kapal melintasinya, dua lengan yang terdapat pada jambatan terbang itu akan mengangkat bahagian rentas jambatan ke udara dan menurunkan bahagian itu dengan pengimbang balas menggunakan tenaga dua silinder hidraulik.
 
Bahagian geladak jambatan mempunyai keluasan 15 meter x 15 meter itu mampu diangkat kira-kira enam minit, tempoh yang sesuai bagi memastikan kelancaran trafik sama ada di darat mahupun di udara.
 
Semasa diangkat sepenuhnya, bentuk asimetri dapat kelihatan dari jauh sewaktu jambatan terbang Slauerhoffbrug itu berada di udara.
 
Jambatan automatik yang dibangunkan dengan 'bentuk L' itu dicat dengan warna kuning dan biru yang melambangkan warna bendera dan mohor bagi Leewaurden.
 
 
Harjan Milosevic , Isnin, Disember 09, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog