Golongan doktor amal gaya hidup tak sihat Seorang doktor bertugas di Institut Bioperubatan di Barcelona. Kajian mendapati doktor adalah golongan paling ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan mempunyai tabiat pemakanan buruk.
London, 22 Dis. 2013 - Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru.
PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja.
Doktor mendapat markah yang amat teruk secara berterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.uk.
Kajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa.
Doktor kurang tidur
Mereka juga termasuk dalam profesion kurang tidur dengan purata lima jam sehari malah menghabiskan masa sehari mereka tanpa menikmati hidangan sempurna dengan duduk di meja makan.
"Kami terkejut apabila mengetahui bahawa doktor biasanya hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat tetapi apabila mempertimbangkan waktu bekerja serta tekanan yang dihadapi dalam kerja, anda akan faham mengapa mereka terpaksa korbankan kesihatan mereka berbanding lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan pesakit mereka," kata jurucakap PureGym, Paul Kirwin.
Pemandu teksi juga dikatakan memilih gaya hidup tidak sihat, berdasarkan kajian sama selain pemandu pengangkutan awam dan lori. – Agensi
Isnin, Disember 23, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Golongan doktor amal gaya hidup tak sihat silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "