/

Golongan belia disaran elak miliki kad kredit

KUALA LUMPUR, 19 Dis. 2013 - Golongan belia disyorkan tidak memiliki kad kredit ataupun kemudahan lain seperti pinjaman peribadi sekiranya pengetahuan mereka tentang perkara tersebut masih kurang.
 
Menurut Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam, Rosland Mohd Arif, berkata perkara itu adalah untuk mengelakkan mereka dari menjadi muflis disebabkan bebanan hutang yang banyak.
 
"Sebaiknya mereka harus elakkan dari mengambil semua kemudahan ni kerana lebih baik tidak ada kemudahan ini kerana mereka masih baru dalam pekerjaan... mereka sekurang-kurangnya kena ada pengetahuan sebelum mereka kredit kad atau pinjaman peribadi," katanya dalam satu temubual dalam AWANI 7.45 pada Rabu.
 
Kata Rosland, kad kredit bukan lah satu-satunya punca golongan belia menjadi muflis kerana ada juga kes-kes lain yang melibatkan pinjaman peribadi serta perumahan.
 
Bagaimanapun katanya masalah tersebut boleh diselesaikan sekiranya golongan-golongan tersebut berunding dengan pihak pemberi hutang pada peringkat awal dan tidak membiarkan masalah mereka berterusan.
Selain itu, Rosland juga memberitahu seseorang itu boleh mengelakkan diri dari muflis sekiranya dia berbincang dengan bank untuk mengurangkan faedah, caj guaman dan berunding untuk membuat bayaran ansuran.
 
Sebanyak 68,299 individu yang berumur di bawah 45 tahun telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh 2005 hingga tahun lalu.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, bilangan itu melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan 129,640 individu yang dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tempoh tersebut.
 
Berikutan itu, katanya, kerajaan melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan strategi lautan biru dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendidik golongan belia daripada menjadi muflis. -  Astro Awani
 
 
Unknown , Khamis, Disember 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog