2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cinta pertama jangan dilupakan

PERKATAAN "jawi" berasal daripada bahasa Arab dan dipanggil "Yawi" di Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu (Mahyudin Yahya: 1986). Perkataan ini ialah kata adjektif bagi kata nama Arab "Jawah" dan apabila dijadikan kata adjektif "Jawah" menjadi "Jawi" (Amat Juhari: 1996).
 
Ibn Batutah telah menggunakan nama al-Jawah bagi merujuk kepada Nusantara. Perkataan "Jawi" ialah nama bagi penduduknya. Dengan itu nama "Jawah" dan "Jawi" tidak hanya merujuk kepada kepulauan Jawa dan penduduknya sahaja bahkan digunakan untuk seluruh daerah Asia Tenggara dan penduduknya sekali (Ibn Batutah: 1964).
 
Berdasarkan fakta sejarah bahawa pendidikan Islam yang mula diperkenalkan berbentuk mengajar al-Quran dan pembelajarannya dimulakan dengan pelajaran mengenal huruf, maka untuk memudahkan lagi usaha penyebaran ilmu Islam, golongan ulama dan mubaligh Islam telah memperkenalkan suatu tulisan huruf yang menyerupai tulisan huruf Arab dikenali sebagai tulisan Jawi.
 
Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa. Sebagai contoh, surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat.
 
Contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Mudadari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).
 
Kebanyakan karya sastera sama ada hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), dan puisi-puisi sufi karya Hamzah Fansuri yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.
 
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan dan juga perundangan negeri.
 
Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
 
Dengan kedatangan Islam maka banyak unsur Islam yang mempengaruhi bahasa dan tulisan Melayu. Banyak perkataan Arab yang diambil dan dimasukkan dalam bahasa Melayu sama ada dikekalkan sebutan dan ejaannya mahupun diserap dan disesuaikan lafaz dan ejaannya. Contoh kata-kata yang dikekalkan ialah seperti ALLAH, malaikat, nabi, rasul dan lain-lain lagi (Za`ba: 1965).
 
Dengan itu penggunaan tulisan pengaruh India sudah tidak praktis lagi dalam suasana baru ini dan tulisan Arab telah digunakan untuk bahasa Melayu bagi menggantikan tulisan tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai tulisan Jawi.
 
Huruf-huruf dalam tulisan Jawi diambil secara langsung daripada bahasa Arab dan ada yang diambil daripada bahasa Farsi-Hindi. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, huruf Jawi merupakan campuran daripada huruf-huruf Arab sebanyak 28 huruf dan ditambah pula dengan lima huruf daripada bahasa Parsi dan Berber.
 
Tulisan jawi diibaratkan cinta pertama bagi kita. Banyak kenangan dan kisah menarik yang dilalui bersama sebelum kita mencapai tahap yang membanggakan seperti hari ini.
 
Tidakkah kita berasa sedih jika generasi muda di negara kita sudah tidak mampu menguasai tulisan Jawi lagi. Kita akan menjadi bangsa yang rugi jika khazanah berharga ini dilupakan.
 
 

* Oleh MUHAMMAD DAUD, Sinar Harian, 26 Disember 2013
* Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur
Unknown , Khamis, Disember 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog