/

CerPen : Ku Pilih Hatimu [ bahagian kedua]

"Farhan…" Aku dan Farhan serentak berpaling ke sebelah kanan. Ke arah gadis yang memanggil Farhan dengan suara yang agak manja pada halwa telingaku.
 
"Ina…" Farhan tersenyum sebelum bangkit dari duduknya dan menghampiri Ina. Aku pulak hanya menjongket bahu apabila melihat Ina macam langsung tak nak pandang aku dan lebih nak bercakap dengan Farhan.
 
"Lia, aku nak balik kelas dulu. Jumpa nanti!"
 
Aku mengangguk sambil memandang Farhan yang sudah melangkah ke arah kelas dengan Ina di sebelahnya. Tiba-tiba bibir aku mengukir senyuman. Aku dapat rasa yang Farhan tu suka dekat Ina.
 

 
"Eh, abang buat apa kat sini?" Aku memandang Abang Saiful dengan muka terkejut. Dahlah tiba-tiba datang ambik aku dekat sekolah. Entah kenapa, mata aku sibuk mencari kelibat Abang Rayyan.
 
"Datang ambik Alia. Jom!" Abang Saiful ambik beg sandang aku lalu disandang pulak ke bahunya.
 
"Kereta abang mana?" Tanyaku apabila melihat Abang Saiful melangkah ke arah sebuah kereta CRV.
 
"Hari ni kita naik kereta Abang Rayyan."
 
"Abang Rayyan pun ada?"
 
Abang Saiful mengangguk sebelum membuka pintu kereta untuk aku. Terus mata aku dapat melihat Abang Rayyan yang duduk di kerusi pemandu. Dia pandang aku sekejap sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.
 
"Cuti ke hari ni?" Soalku pada Abang Saiful selepas Abang Rayyan dah mula memandu.
 
"A‟ah. Lama tak jumpa Alia dengan Mak Su. Sebab tu abang balik."
 
"Lama? Bukan ke baru 2 minggu lepas, abang balik? Selalunya sebulan sekali je abang balik…" Aku berkata dengan dahi yang berkerut. Mulut aku memang macam ni. Kalau ada apa-apa yang pelik, memang aku terus tanya.
 
"Tak boleh ke?" Abang Saiful terus buat muka sedih. Aku hanya tergelak sebelum menggeleng.
 
"Alia sukalah. Jangan nak buat muka macam tu. Buruk!"
 
Abang Saiful ketawa sebelum mengerling ke arah Abang Rayyan. "Rayyan, bukan kau ada benda ke nak bagi kat Alia?"
 
Serentak aku berpaling ke arah Abang Rayyan lepas dengar nama aku disebut. Abang Rayyan hanya mengangguk kecil tanpa berpaling ke arahku. "Dalam beg kertas kat belakang, ada pudding triffle."
 
"Ohh..ye," Aku pandang beg kertas di sebelahku. Memang dari tadi aku nampak beg tu tapi tak sangka isinya pudding triffle.
 
"Untuk Alia."
 
"Terima kasih, Abang Rayyan." Ucapku perlahan sambil mengeluarkan bekas pudding. Mengintai isinya sebelum diletakkan kembali di dalam beg.
 
"Sama-sama…" Balas Abang Rayyan masih dengan nada dinginnya. Sekarang ni, aku langsung tak kisah dengan dingin dia sebab aku tahu dia orang yang baik. Kalau tak baik, takdelah dia bawak pudding triffle untuk aku. Haa… yang penting, aku dapat makan pudding ni lagi!
 
 

Aku melambai ke arah Farhan sebaik sahaja aku sampai di sekolah. Dia yang ketika itu sedang berbual dengan seseorang langsung tak membalas lambaian aku sebaliknya memandang aku sekilas sebelum berpaling ke arah lain. Dahi aku terus berkerut. Kenapa pulak dengan Farhan ni?
 
"Farhan…" Aku memanggilnya perlahan.
 
"Apa?" Dia bertanya dengan suara yang agak kasar. Ina yang berdiri di sebelahnya hanya memandangku sambil tersenyum sinis.
 
"Err… kau kenapa?"
 
"Kenapa apanya? Okey je."
 
"Kau macam lain je. Selalunya tak macam ni pun." Balasku perlahan.
 
"Aku memang macam ni sebenarnya. Kau tahu tak, Alia? Aku bodoh sebab kawan dengan kau. Kau ingat aku tak tahu kenapa kau dingin sangat dengan orang lain? Aku dah tahu sebabnya. Kau…."
 
Farhan terdiam apabila melihat air mata yang mengalir laju di pipiku. Aku pun turut terkaku. Aku rasa bodoh sebab menangis sekarang ni tapi rasa sakit di hati aku sangat tak boleh nak ditahan. Terus aku melangkah pergi dari situ sebab aku tahu apa yang Farhan nak cakap. Dia nak cakap aku perempuan tak tahu malu. Perempuan pencuri. Perempuan jahat.
 
"Alia… aku tak nak jadi kawan kau lagi."
 
Saat itu, air mata aku terus berhenti mengalir. Aku hanya berpaling ke arah Farhan. Melihatnya dengan rasa sakit di hati. "Aku tak perlukan kawan macam kau. Kau patut tanya dulu aku tapi memandangkan kau percaya dekat orang lain lagi. Fine, aku tak kisah."
 
 

Kenapa benda yang terjadi dekat 2 tahun yang lepas perlu diungkit kembali? Aku yang sejak dari tadi berkurung di dalam bilik hanya mampu menghela nafas panjang. Kadang-kadang tu aku rasa macam nak tampar muka Farhan tu.
 
Dulu memang aku tak macam ni. Aku selalu cakap dengan orang lain. Aku tak sombong dan dingin macam sekarang ni. Aku senyum je sepanjang masa sampailah satu hari tu, entah siapalah yang nak sangat kenakan aku. Dia pergi jaja cerita dekat semua orang yang aku ni perempuan jahat. Suka merampas kekasih orang. Masa tu, memang aku pergi tampar budak perempuan yang buat cerita tu.
 
Mak ayah dia sampai datang jumpa aku tapi aku tak peduli. Siapa suruh dia buat cerita pasal aku? Akhirnya, mak ayah budak perempuan tu pergi mengadu dekat pengetua dan aku diberi amaran. Kalau buat hal lagi, kena gantung sekolah. Masa tu, aku rasa semua orang tak adil! Aku rasa semua orang talam dua muka. Bila-bila je boleh nak jatuhkan orang. Dan akhirnya aku menjadi seperti sekarang. Dingin dan beku. Sebab tu aku tak suka bila Farhan datang nak berkawan dengan aku. Aku bimbang orang buat cerita lagi tapi akhirnya aku terima dia jadi kawan. Aku tersenyum sinis. Akhirnya, aku yang terluka.
 
"Alia…"
"Ye mak?"
"Ada orang nak jumpa."
"Siapa, mak?"
"Kawan sekolah kamu."
 
Aku bangkit dari katil lalu mencapai tudung. Kawan sekolah datang nak jumpa? Sebaik sahaja aku bukak pintu, aku terus menuju ke ruang tamu. Bila nampak je Farhan, terus aku pusing balik.
 
"Alia…"
Aku berhenti melangkah. "Baliklah. Jangan nak datang sini lagi. Aku tak suka kau datang!"
 
"Alia, aku nak mintak maaf."
"Kau hina aku dan sekarang ni kau mintak maaf? Hahahaha… kelakarnya." Aku gelak sinis.
 
"Aku tahu yang aku tak patut cakap macam tu dekat kau. Aku… aku… cuma terluka bila orang cakap yang kau suka mainkan perasaan orang. Aku… aku… sukakan kau."
 
Aku terus berpaling ke arahnya dengan muka yang terkejut. Apa yang Farhan merepek ni?! Dia sukakan aku?
 
"Kau merepek."
"Tak. Aku betul-betul sukakan kau."
 
Aku terkedu. Langsung tak sangka yang Farhan suka aku. "Kau jangan main-main…"
 
"Tak! Aku tak main-main. Aku nak kawan dengan kau sebab aku nak kenal kau."
 
"Tapi aku anggap kau kawan je." Luahku berterus terang. Tak ada langsung perasaan lain untuk dia.
 
"Sikit pun takde?"
 
Aku mengangguk. "Aku sayang kau sebagai kawan."
 
"Kau ada suka orang lain ke?"
 
Entah kenapa aku mengangguk dan saat itu muka Abang Rayyan yang aku ingat. Takkanlah aku dah suka dengan Abang Rayyan?
 
"Siapa?"
 

Bersambung lagi Rupanye.....
Rokiah Mad Dom , Isnin, Disember 09, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog