Aku menggigit bibir sambil memandang ke arah dapur. "Abang Rayyan…" Walaupun aku tak yakin sama ada betul ke tak, aku suka dia tapi aku kena jugak cakap supaya Farhan tak terus menaruh harapan.
"Kawan Abang Saiful?"
Aku mengangguk. "Dia selalu buat pudding triffle untuk aku. Tapi bukan sebab pudding tu yang buat aku suka dia. Dia bagaikan cermin aku. Dia sama macam aku. Walaupun dia dingin tapi aku tahu dia baik. Aku… aku…"
"Kali pertama aku tengok kau speechless."
Aku mengangkat muka memandang Farhan. "Aku nampak bodoh sekarang ni."
Farhan menggeleng. "Kau tak bodoh. Sukakan seseorang tu benda normal. It happens. Dan menyukai orang yang tak menyukai kita pun benda normal. Macam apa yang aku rasa sekarang."
"Farhan… aku…." Entah kenapa dah hilang rasa sakit hatiku pada dia. Mungkin sebab hati aku masih menganggap dia kawan dan ingin terus menjadi kawan dia.
"Jangan risau pasal aku. Aku okey! Dan oh ye, aku dengan Ina cuma kawan. Aku tahu kau mesti ingat aku suka dia kan?"
Aku ketawa kecil sambil mengangguk. "A‟ah."
"Hmm… aku balik dulu. Kita kawan lagi kan?"
Aku mengangguk. "Lain kali jangan buat macam tu dah. Sakit hati aku ni! Rasa macam nak pijak-pijak je kau tadi."
"InsyaAllah tak. Kau sahabat aku. Dunia dan akhirat…"
"Eh, Abang Rayyan! Mana Abang Saiful?" Aku mencari-cari Abang Saiful apabila melihat hanya Abang Rayyan yang keluar dari kereta.
"Abang Saiful tak datang."
"Ohh… jemputlah masuk."
Sebaik sahaja Abang Rayyan dah duduk dekat ruang tamu, aku terus panggil mak. Mak pun pelik jugak bila aku cakap yang Abang Rayyan datang sorang-sorang je sebab selalunya dia datang sekali dengan Abang Saiful. Haa… bila Abang Rayyan dah depan mata, aku teringat balik apa yang aku cakap dekat Farhan hari tu. Rasa malu pulak!
"Kamu pergilah sembang-sembang dengan Rayyan. Kesian dia duduk sorang-sorang kat depan."
Perlahan-lahan aku mengangguk tanpa sepenuh kerelaan. Sejak akhir-akhir ni, aku malu nak cakap dengan dia walaupun memang kami jarang bercakap dari dulu lagi.
Aku hanya mengukir senyuman untuk Abang Rayyan sebelum duduk di kerusi bertentangan dengan dia. "Abang tak kerja hari ni?"
"Tak. Hari ni abang tutup kedai."
"Ohh…"
"Lia… abang ada benda nak cakap ni."
Aku pandang muka dia yang tengah serius. "Apa dia?"
"Abang nak pinang Lia."
Terus mulut aku terlopong. Abang Rayyan nak pinang aku?! Pinang aku?! Aku mencubit pipi. Sakit! Maknanya bukan mimpi.
"Abang serius ke ni?"
"Serius. Abang nak pinang Lia kalau Lia setuju."
"Untuk siapa?" Mana tahu kot-kot bukan untuk dia.
"Untuk abanglah. Takkan untuk Farhan pulak." Nada suaranya sedikit berlainan apabila dia menyebut nama Farhan. Macam cemburu pun ada jugak.
"Macam mana abang kenal Farhan?"
"Mula-mula sekali abang nak mintak maaf. Hari yang Farhan datang jumpa Lia tu, abang sebenarnya ada kat bawah dengan Abang Saiful. Kami dah dengar semuanya termasuklah perasaan Lia dekat abang." Dia berhenti bercakap sebelum aku dapat mengesan senyuman di bibirnya.
"Err…"
"Hmm?"
Aku pandang muka dia. Kalau ikutkan hati, aku nak cakap ya tapi buat masa sekarang ni, aku langsung tak fikir pasal benda ni lagi. Aku belum bersedia…
"Lia mintak maaf tapi Lia tak boleh. Lia dah janji dengan mak yang Lia nak belajar betul-betul dan dapat kerja yang bagus. Maafkan Lia, bang."
Aku dapat melihat Abang Rayyan tersenyum sebelum mengangguk kecil. "Abang faham. Abang Saiful pun dah cakap dekat abang benda yang sama cuma abang yang degil nak cakap kat Lia pasal ni. Abang… Err, InsyaAllah abang sanggup tunggu Lia sampai Lia habis belajar."
"Macam mana abang boleh nak pinang Lia? Abang bukan suka Lia pun…"
"Siapa cakap abang tak suka Lia? Since the first time, abang datang sini… abang dah tertarik dekat Lia tau. Lia nampak sombong dengan dingin dan abang rasa macam tengok diri sendiri pun ada. Lia tak suka senyum tapi bila Lia senyum, abang pun boleh terkedu. Jangan sembunyikan senyuman Lia. Cantik tau kalau Lia senyum tapi jangan selalu senyum kat lelaki. Nanti diorang tergoda, abang yang merana…"
Aku hanya tersenyum. Rupanya Abang Rayyan ni takdelah pendiam mana sangat. Sekali dapat bercakap, berjela-jela jugak.
"Rayyan jangan risau. Nanti bila Rayyan datang lagi sekali nak pinang Lia, mak cik terus setuju." Kata mak yang datang dari dapur sambil menatang dulang. Muka aku yang dah memang merah, terus bertambah merah.
Aku mengerling ke arah Abang Rayyan yang tersenyum mendengar kata-kata mak. Bila tengok dia senyum, tiba-tiba aku teringat satu benda.
"Abang, Lia pun ada benda nak cakap dekat abang. Jangan selalu senyum tau dekat perempuan lain sebab kalau abang senyum, abang nampak lagi hensem. Nanti kalau diorang tergoda, Lia jugak yang merana…" Aku sengih.
"Kalau diorang tergoda, takpe. Asalkan jangan abang yang tergoda."
"Kalau ada jodoh, tak ke mana. Lagipun, mak memang dah berkenan pun dengan Rayyan ni. Dahlah pandai masak." Kata mak tersenyum.
"Nanti mak cik nak makan apa je, saya buatkan ye."
Aku melihat Abang Rayyan bersembang dengan mak. Senyuman terukir di bibir aku.
5 tahun kemudian…
Aku dan Abang Saiful melangkah masuk ke dalam Restoran Raylia. Ni first time aku melangkah ke sini. Kata Abang Saiful dengan Kak Ida, makanan dekat sini best. Pudding triffle dia pun sedap. Bila sebut pasal pudding triffle, aku asyik terkenang Rayyan. Sejak dari hari dia datang melamar, sampailah sekarang… aku masih belum berjumpa dengan dia. Semua tu pun atas permintaan aku sendiri. Aku kalau boleh tak nak kami selalu berjumpa dan dia pun okey je dengan permintaan aku.
"Lia duduk sini kejap. Abang nak pergi toilet." Kata Abang Saiful lepas kami selesai order makanan. Aku hanya mengangguk sambil memandang hiasan dalaman restoran tersebut. Simple tapi elegan.
"Miss, pudding triffle." Aku memandang pelayan yang sedang menghidangkan pudding triffle kepadaku. Sejak bila aku order pudding ni? Lagi satu, belum makan nasi pun dah ada pencuci mulut?
"Sorry ye tapi saya tak order pun."
"Ada yang suruh saya bagi pada cik."
Aku tercengang. "Siapa?"
"Chef Rayyan."
Nama tu. Aku memandang pelayan di hadapanku ini dengan muka terkejut. Dia sebut nama Rayyan? Abang Rayyan?
"Nama panjang chef Rayyan apa?"
"Muhammad Rayyan bin Umar."
"Bawak saya jumpa chef awak." Aku sudah berdiri dari dudukku. Sekarang ni aku dah habis belajar. Aku nak tuntut balik janji kami dulu.
"Baik. Ikut saya, cik."
Aku mengangguk dan mengikut langkah pelayan yang bernama Yuna berdasarkan tag nama yang dia pakai. Langkah yang semakin menghampiri ke arah dapur buat jantung aku mengepam darah dengan lebih laju. Berdebar-debar nak jumpa dengan Abang Rayyan.
Dari jauh, aku dapat melihat dia. Lelaki yang aku rindu saban waktu. Lelaki yang aku tolak lamarannya sebab masa itu aku terlampau muda tapi dah berjanji akan tunggu aku sehingga aku habis belajar. Lelaki yang menawan hatiku dengan pudding trifflenya. Patutlah Abang Saiful beria-ia ajak dia datang sini.
"Chef, ada orang nak jumpa."
Rayyan berpaling ke arahku dan memang jelas di mukanya yang dia terkejut melihat aku yang dah masuk ke dalam dapur. "Alia… buat apa masuk sini?"
Saat dia menyebut namaku, air mata yang ditahan tadi akhirnya mengalir. Rasa luruh rindu aku apabila mendengar dia menyebut namaku.
"Alia… kenapa menangis ni? Pudding tu tak sedap ke? Kalau tak sedap, abang buat yang baru." Tanyanya prihatin. Aku menggeleng. Rasa pudding tu langsung tak berubah. Dari dulu sampailah sekarang, rasa dia masih sama. Sama macam perasaan aku pada dia.
"Lia datang nak tuntut janji. Abang dah berpunya ke?" Lain yang ditanya, lain yang aku tanya balik dekat dia. Aku memandang wajahnya. Mengharapkan jawapan yang sebenar-benarnya. Yelah, kami dah tak berjumpa dekat 5 tahun bila aku cakap aku tak boleh terima dia lagi. Takut jugak kalau hati dia dah dimiliki oleh orang lain. Memang meranalah aku.
"Kalau belum, kenapa?" Aku dapat lihat senyuman yang terukir di bibirnya.
"Alia nak pinang abang." Ujarku dengan muka yang serius. Kalau dia cakap belum, sekarang ni jugak aku call mak dengan ayah cakap yang aku nak kahwin.
"Alia yang nak pinang abang?"
Aku mengangguk. "Abang dah berpunya ke belum?"
Rayyan ketawa sebelum memanggil kakitangannya yang lain. Muka aku mula terasa hangat. Kenapa dia nak panggil semua orang? Nak malukan aku ke?
"Biar saya perkenalkan…" Rayyan memandangku dengan senyuman di bibir. "Alia, bakal isteri saya."
"Like I said before, abang yang akan pinang Lia. Lagipun, mak cik kan dah terima abang. So Nur Alia binti Ahmad, welcome to my life." Bisik Abang Rayyan di telingaku. Aku terus berpaling ke arahnya dengan senyuman di bibir.
"Baik, Chef Rayyan!"
"Kenapa pudding triffle Lia tak jadi?!" Aku memandang sayu pudding triffle buatan aku. Tak sama macam yang Abang Rayyan buat! Kecewanyaaa!
Abang Rayyan hanya ketawa sebelum memeluk tubuhku dari belakang. "Okey je abang tengok."
"Okey? Yelah tu…"
"First time buat kan?" Pipiku dikucup lembut. Aku tersenyum mesra sambil mengangguk. Suami aku ni memang pandai memujuk.
"Abang, tolong buatkan…"
Abang Rayyan cubit pipi aku. "Dah agak dah. Abang memang dah siapkan awal-awal. Tengok dalam fridge."
Pantas aku membuka pintu peti sejuk sebelum melompat-lompat kecil. "Sedapnyaa!"
Pudding triffle dipotong lalu dihidangkan di atas pinggan. Aku kenyit mata dekat dia sebelum menyuap masuk ke dalam mulut. Nikmatnyaa!
"Lia…"
"Hmm…."
"Thanks."
"Untuk?"
"Sebab cairkan hati abang."
Aku tersenyum. "You‟re welcome. Thanks jugak sebab cairkan hati Lia."
"The pleasure is mine." Balasnya pulak turut tersenyum.
TamaT
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "