Di paparan skrin telefon pintar, kalimat dari dinding Facebook seorang kawan sekuliahnya itu menganggu minda Rania.
"Apakah kamu yakin ada kerja selepas graduasi? Apakah kamu akan suka dengan karier yang dipilih? Apapun secara amnya, ada berita buruk untuk generasi selepas kita, teknologi masa kini akan melupuskan keperluan menggaji manusia dari akitiviti ekonomi seluruhnya!"
Menjelang konvokesyen, Rania masih belum mendapat apa-apa tawaran kerja. Bukan dia tidak mencuba, malah untuk menjadi guru sementara pun tiada kekosongan.
"Krisis pengangguran siswazah bukan kerana pendatang luar yang semakin ramai atau kelemahan siswazah dalam Bahasa Inggeris. Yang pastinya, kerja semakin kurang!"
Begitulah yang selalu difikirkan. Walau dalam media banyak berita mengenai projek pembangunan di sana sini. Yang ramai diambil kerja adalah buruh pendatang luar yang bukan sahaja tidak boleh berbahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris juga. Sudah jutaan mereka menjadi pekerja, sama secara sah atau haram.
"Para pakar sedang bercakap mengenai robot-pembantu dan dron.... fikirkan apa yang bakal terjadi kepada jutaan manusia, termasuk pendatang yang akan digantikan oleh dron dan robot? Mereka menjadi hamba abdi yang tidak perlu dibayar dan bercakap, bekerja 24 jam sehari!"
Suara kasar Profesor Kam terngiang-ngiang lagi. Salah satu sesi perbincangan yang memberikan perspektif berbeda dan terlontar dalam benak fikiran Rania, apakah dia mengambil jurusan yang salah? Sesuatu yang sedikit sebanyak, menimbulkan kesalan. Keputusan yang diambil empat tahun dahulu menjadi igauan.
"Apa kamu boleh buat dengan jurusan Bahasa Melayu? Selain guru atau sambung buat sarjana dan Phd, jadi pensyarah dan profesor? Mungkin pakar Linguistik? Tidak mungkin boleh jadi CEO atau perdana menteri, malah menteri, bukan jurusan profesional yang dalam permintaan tinggi. Orang tidak pandang jurusan bahasa Melayu, tiada dalam agenda pendidikan dan wawasan negara maju pun!"
Begitu kata-kata seorang guru Bahasa Melayu yang menyarankan Rania lebih baik ambil jurusan kejururawatan dan boleh bekerja luar negara dengan gaji yang tinggi.
Ketika itu memang bidang kejururawatan menjadi pilihan dengan banyak kolej swasta menawarkan kursus itu, dan lima kemudiannya masalah lepasan kejururawatan yang melambak menyebabkan pengangguran meningkat. Apalagi dikatakan pihak kolej swasta mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan kualiti dan latihan secukupnya. Yang menjadi mangsa adalah graduan yang tentunya sukar mencari pekerjaan lain dengan diploma kejururawatan.
Fenomena graduan menganggur terus menjadi mimpi ngeri kepada pelbagai graduan jurusan lain, sudah mencapai puluhan ribu. Masalah banyak negara dunia yang boleh membawa huru-hara dengan jumlah penganggur berijazah yang tinggi. Dengan perlanjutan usia persaraan, seakan menghukum bukan sahaja graduan, malah mereka yang tidak boleh naik-naik pangkat sehingga pencen.
"Mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris!"
Begitu kata lapuran akhbar dari soal selidik dan penyelidikan yang dibuat. Tiada yang positif. Mengharu-birukan perasaan Rania. Apalagi mengenangkan pinjaman PTPTN yang mesti dibayar. Selain, mahu berdikari dan melepaskan bebanan ayah dan ibu yang bakal bersara. Dan sewaktu kembali ke paparan skrin telefon pintar, satu komen dari abangnya merumuskan segalanya.
"Kalau kau ambil ijazah Bahasa Inggeris, tentu kau sudah ada kerja sekarang!"
Bersambung.......... ke bahagian dua
Selasa, Disember 24, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Cerpen : Apa Lagi Yang Kamu Mahu? (Satu) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "