2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen : Aku & SLK850 [Episod 2/7]

Pinnnnnnnnn….
 
Aku terkejut. Serentak aku menarik handbrek. Errkkk.. Aku langgar orang kah atau orang langgar aku?? Tapi aku tak dengar bunyi apa-apa pun! Aku terus keluar. Itulahhhh… mengelamun punya pasal! Mengelamun tempat orang kaya, kalau langgar sure silap besar lah. Kereta mesti mahal punya! Matilah aku…
 
Aku pergi melihat kereta aku. Depan tak ada apa-apa.
 
"Hey, macam mana bawa kereta ni?"
 
"Erkkk…"
 
"Kalau bercalar, siapa nak ganti?"
 
Aku biasa melihat muka dia ni… tapi dekat mana ya?? Oppsss… mamat drebar! Mamat drebar yang aku jumpa di kedai Ah Bok minggu lepas. Hemm… semakin bergaya! Tak kerja ke hari ini?
 
"Awak pernah kata awak tak suka kereta mahal, banyak pakai minyak, banyak pakai duit nak maintenance. Sekarang tukarlah!"
 
"Erkkk…"
 
"Lagipun mana ada calar pun. Tak kena sikit pun! Borak je lebih… dasar drebar! Lebih sudu dari kuah… lebih pisang dari monyet!" Marah aku. Nasib baik tak kena apa pun.
Heh.. baru boleh nak naik angin. Sengaja!
 
"Hishhh… minah ni!" marah dia.
 
"Apa minah-minah! Orang ada nama tau…" ujar aku.
 
"Kalau ada nama… siapa nama??" tanya mamat itu. Merah mukanya menahan marah!
 
"Kalau nak ngorat, cakap je nak ngorat! Tak kuasa nak bagi nama…"
 
"Dia yang offer, kata kita nak ngorat pula."
 
"Ikhwan… cepat kita dah lambat ni!"
 
Ikhwan terdiam. "Baik Puan…"
 
"Cepatlah drebar, bos dah panggil!"
 
"Hishhh… minah ni, sekali aku lesing… berdesing!"
 
"Elehhh…"
 
Lelaki itu merengus marah, dia terus masuk ke dalam kereta. SLK-Class berwarna hitam itu berdesup laju.
 
Aku tersengih! Yeahhh… menang!
 

 
Sampai di rumah aku dikejutkan dengan pos laju yang diterima hari ini. Double celebration! Aku seronok betul hari ini, satu kereta dah siap, satu lagi surat tawaran dari UTP pun aku dah dapat. Melonjak kegembiraan lah jawabnya. Mama menjeling-jeling dari tadi.
 
"Berapa gaji?" Tanya mama.
 
"Cukuplah…" ujar aku.
 
"Hemm… entah-entah berapa sen agaknya."
 
"Mama ni dengki betul. Nanti dia tak cukup duit, akak juga yang menanggung!" ujar aku lagi.
 
Mama sengaja hendak memanaskan aku. Aku tahu sangatlah tu. Kadang-kadang aku duk terfikir, aku ini anak siapa agaknya? Tak lahir dari perut dia ke? Tapi muka kami memang macam kembar siam. Serupa!
 
"Jauh nak ulang alik, nak sewa ke?" tanya abah.
 
Aku pun ada terfikir hendak duduk menyewa di Seri Iskandar. Kalau duduk di sini, memang jauh nak ulang alik. Adalah dekat sejam lebih, jalan situ dah lah sunyi! Kalau aku balik malam?? Nahas aku terserempak dengan si jubah putih. Aku tak mahu menanggung risiko.
 
"Sewalah!" ujar mama.
 
"Mama seronoklah tu. Jaz tak ada, mama bolehlah poco-poco siang sampai malam!" ujar aku sengaja memerli mama.
 
Selalu mama akan buka tape poco-poconya, aku aku ketawa berdekah-dekah dengan Maleek sehingga mama akan menutupnya. Mana tak ketawa, orang berjogging lah kalau
nak kurus, dia.. poco-poco! Mana ada keluar peluh.
 
Maleek tergelak. "Kannnn…."
 
"Tengok anak-anak abang ni. Dahlah nak pergi masak!" Mama terus ke dapur.
 
Abah pun ketawa. "Kamu berdua kalau tak usik mama kamu, tak boleh ke?"
 
"Memang tak boleh!" Aku ketawa.
 
"So sekarang sewalah ye?"
 
"Nampaknya begitulah. Esok Jaz pi cari. Takpun, Jaz call Encik Muqri lah. Hari tu dia ada offer. Kalau dapat boleh pindah masuk terus."
 
Abah mengangguk-angguk.
 
"Will be missing you!" Maleek memeluk aku.
 
Aku tergelak. "Mengada!"
 
"Lepas ni, Maleek 100% lah menjadi mangsa mama…"
 
Aku ketawa lagi. Maleek… Maleek… nampak gayanya, hai nasib badan!
 

 
Bersambung...........   ..
 
 
 
 
 
 
Rokiah Mad Dom , Isnin, Disember 23, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog