/

2013: Instagram, Path antara aplikasi hangat tahun ini

KUALA LUMPUR, 27 Dis. 2013 - Setiap tahun, jenama telefon pintar ternama seperti Apple dan Samsung sering memberikan produk-produk yang terkini dan canggih. Namun, apa gunanya menggunakan telefon pintar mereka jika tidak mempunyai aplikasi (app) yang menghiburkan, berguna dan mungkin dapat membantu dengan rutin harian.
 
Instagram terus menjadi pilihan ramai dengan 150 juta pengguna. Path menunjukkan peningkatan yang memberasangkan kerana mempunyai 20 juta pengguna berbanding 5 juta sahaja pada tempoh yang sama pada tahun 2012.
 
Saluran Astro AWANI juga memperkenalkan aplikasinya sendiri dan menduduki tangga pertama dalam kategori berita App Store Malaysia sembilan hari selepas ia dilancarkan.
 
Berikut adalah 10 aplikasi yang menjadi pilihan pada tahun 2013.
 
Instagram
Instagram terus menjadi aplikasi yang popular dikalangan mereka yang gemar fotografi ataupun #Selfie. Sudah berada di pasaran selama dua tahun setengah, Instagram menampilkan ciri Video selama 15 saat pada bulan Jun. Pada awal Disember, ia memperkenalkan Instagram Direct dimana gambar dan video boleh dikongsi kepada pengguna tertentu. Pada bulan Februari, Instagram mengumumkan bahawa mereka mempunyai 100 juta pengguna, dan pada bulan September, angka ini meningkat kepada 150 juta.
 
Vsco Cam
Khusus untuk penggemar fotografi dan Instagram yang inginkan hasil gambar yang perfect. Pada awal Disember, VSCO Cam disediakan untuk pengguna Android. Aplikasi ini mempunyai pelbagai filter dan ciri.  VSCO Cam adalah aplikasi fotografi mudah alih dengan 4 juta pengguna pada bulan Ogos. Ia telah dimuat turun lebih daripada satu juta kali dan tidak pernah tercicir daripada senarai Top 15 aplikasi pilihan sejak dilancarkan.
 
WeChat
Aplikasi dari China ini terus menjadi pilihan pengguna telefon pintar. Dilancarkan pada awal tahun 2011, pemaju Tencent mengumumkan WeChat mempunyai 70 juta pengguna di luar China. Pada Julai 2013 pemain bola sepak ternama Lionel Messi menjadi duta produk terbaru WeChat. Aplikasi ini juga boleh didapati dalam bahasa Cina, Inggeris, Indonesia, Sepanyol, Portugis, Turki, Melayu, Jepun, Korea, Poland, Itali, Thailand, Vietnam, Hindi dan Rusia.
 
Google Hangout
Google Hangouts merupakan platform instant messaging dan perbualan video dari Google. Ia dilancarkan pada 15 Mei 2013 bagi menggantikan Talk, Google+ Messenger dan Hangouts. Google Hangouts On Air pula membenarkan pengguna untuk siar perbualan mereka di YouTube secara langsung. Beberapa media juga menggunakan Google Hangout dalam program mereka. Pada bulan Oktober sempena pembentangan Bajet 2014, Astro AWANI menerbitkan rancangan Bajet 2014 Google Hangout yang berlangsung selama satu jam.
 
Flipboard
Flipboard masih menjadi aplikasi pilihan kepada mereka yang ingin membaca kandungan akhbar atau majalah atas talian (online publications). Kandungan juga boleh dikongsi di Twitter, Facebook, dan Googe+ dengan mudah. Tahun ini, Flipboard memperkenalkan ciri "Magazine" dimana kandungan yang dipilih boleh dipakej dalam bentuk majalah dan dikongsi dengan pengguna lain. Aplikasi yang sebelum ini boleh dimuat turun untuk Android, BlackBerry 10 dan iOS kini boleh digunakan oleh pengguna Windows 8 sejak bulan Oktober.
 
Candy Crush
Jikalau anda berada di dalam LRT atau di dalam kereta (bosan ketika kesesakan jalanraya!) ramai yang akan main Candy Crush. Pada bulan Mac, Candy Crush mengatasi FarmVille 2 sebagai game yang paling popular di Facebook. Pada November 2013, setengah bilion telah dimuat turun di Facebook, iOS, dan Android. Ini adalah angka yang sangat hebat kerana aplikasi ini hanya diperkenalkan untuk telefon pintar sejak November 2012.
 
Dayre
Walaupun Aplikasi ini agak baru, namun ia ada pengikutnya yang tersendiri, terutama sekali mereka yang mempunyai diari peribadi. Dayre merupakan gabungan diantara blog dan Twitter. Di Malaysia, ia kerap menduduki senarai Top 10 di App Store Malaysia. Blogger terkenal tanahair Hanis Zalikha juga menggunakan Dayre dan mempunyai 4209 pengikut.
 
Path
Path mula diperkenalkan pada tahun 2010 oleh salah seorang bekas eksekutif di Facebook. Ia sebagai platform media sosial yang lebih 'kecil' dimana hanya 50 teman dan ahli keluarga sahaja yang boleh menjadi pengikut. Setakat bulan September, ada 20 juta pengguna Path, peningkatan yang memberasangkan kerana pada tempoh yang sama pada tahun 2012, Path cuma mempunyai 5 juta pengguna.
 
Waze
Waze memiliki lebih 1.5 juta pengguna di Malaysia iaitu segmen pengguna kelima tertinggi di peringkat global untuk Waze. Waze adalah syarikat aplikasi interaktif di mana pengguna juga dapat menyumbang dengan melaporkan keadaan trafik seperti penutupan jalan, kemalangan dan sekatan jalan raya. Pada bulan Disember, kerjasama di antara stesen penyiaran berita, Astro AWANI dan peneraju aplikasi navigasi mudah alih Waze menyajikan pengalaman navigasi trafik lebih berkesan kepada pengguna. Gandingan ini menjadikan Astro AWANI sebagai rakan penyiaran kedua Waze di luar Amerika Syarikat.
 
Awani App
Aplikasi ini dilancarkan pada 1hb Mei dan pengguna boleh melayari berita utama terkini yang dipaparkan di laman sesawang rasmi di www.astroawani.com dan maklumat disediakan di dalam dwibahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada pilihan Raya ke-13 yang berlangsung pada 5hb Mei lepas, aplikasi ini menyediakan paparan berita dan maklumat terkini PRU13. Sembilan hari selepas ia dilancarkan, aplikasi Astro AWANI mengungguli carta muat turun App Store bagi aplikasi berita di kalangan pengguna iPad dan iPhone. - Astro Awani
 
 
Unknown , Jumaat, Disember 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog