Imej grafik menunjukkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru yang bakal menjadi pencakar langit tertinggi di Amerika Syarikat apabila siap pada awal tahun depan.
NEW YORK, 13 Nov. - Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru yang dibina di tapak runtuhan menara berkembar dalam kejadian 11 September 2001, di sini, diumumkan sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di Amerika Syarikat (AS) sebaik-baik ia siap dibina, sekali gus mengenepikan Sea Towers di Chicago.
Arkitek di Majlis Bangunan-Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) bersetuju bahawa antena berukuran 124.4 meter pada bangunan itu merupakan senibina tetap dan perlu dikira dalam menentukan ketinggiannya.
"Reka bentuk WTC itu sebagaimana diterangkan kepada kami, mengukuhkan peranannya sebagai simbol kebangkitan semula di tapak yang penting ini.
"Secara khususnya, puncak menara yang menempatkan lampu keselamatan, memancarkan simbolik ketinggian bangunan setinggi 1,776 kaki atau 541.3 meter itu,'' kata Pengarah Eksekutif CTBUH, Antony Wood.
Menurut CTBUH, ukuran ketinggian WTC yang mengambil kira tahun kemerdekaan AS dipilih bagi menegaskan prinsip-prinsip di sebalik penubuhan negara dalam menghadapi serangan yang memusnahkan bangunan asalnya sebelum ini.
Pencakar langit baharu itu dibangunkan di tapak asal WTC yang menjadi ikon menara berkembar sebelum runtuh dalam kejadian pada 2001 yang mengorbankan hampir 3,000 nyawa.
Tanpa antena itu, WTC hanya berketinggian 417 meter, lebih rendah berbanding Sears Tower di Chicago yang kini dinamakan sebagai Willis Tower dengan ketinggian 442 meter.
Setelah siap awal tahun depan, WTC baru New York akan muncul sebagai bangunan ketiga tertinggi di dunia selepas bangunan pencakar langit Burj Khalifa di Dubai dan Menara Jam Diraja Mekah. - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "