2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sut kalis peluru berharga RM61,189

Toronto, 12 Nov. - Sebuah syarikat pakaian mula menjual sut kalis peluru dan bergaya untuk seorang eksekutif abad ke-21 yang dikatakan pasti menyebabkan perisik 007, James Bond, cemburu.
 
Syarikat itu, Garrison Bespoke, menggabungkan gaya dan ciri keselamatan menerusi teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru senapang patah dan menghalang tusukan pisau menembusinya.
Keseluruhan kos sut mewah itu berharga K$20,000 (RM61,189.96) untuk pelanggan terpilih bagi mengelak dibunuh ketika berada di luar negara.
 
"Kami memberi tumpuan membuat sut lengkap James Bond. Industri jahitan sebenarnya agak suram dan anda mahukan cabaran seperti ini," kata ketua projek khas untuk Garrison Bespoke, David Tran.
 
Tran berkata, sut itu hasil inspirasi perbualan dengan seorang pelanggan yang terselamat selepas ditembak di negara asing enam bulan lalu.
 
Pada kunjungan berikutnya ke kedai itu, beliau mengaku masih tergamam dengan kejadian itu.
 
"Selepas lima minit, kami terfikir, 'Bolehkah kami menghasilkannya? Kami mula memikirkannya selepas itu," kata Tran.
 
Masukkan 6 lapisan nano karbon
Selaku pengasas jahitan pintar, syarikat itu tidak boleh dengan mudah menggunakan Kevlar, bahan perlindungan tempur biasa yang digunakan polis dan tentera.
 
Justeru, mereka berbincang dengan kontraktor yang dirahsiakan Tran, yang sebelum ini menyediakan perisai pelindung tubuh kepada komando Amerika di Iraq.
 
Sebaik saja sut dijahit, enam lapisan nipis nano karbon dimasukkan ke dalam lapisan belakang sut jaket dan di hadapan, membolehkannya terletak dengan elok.
 
Walaupun lebih banyak lapisan boleh ditambah untuk perlindungan tambahan, keselesaan dan memudahkan pergerakan boleh disesuaikan.
 
"Ramai eksekutif lelaki dalam industri kewangan, perlombongan dan minyak membuat pengakuan kepada kami bahawa mereka rasa tidak selamat serta gementar apabila berada di luar sana," kata Tran. – AFP
 
Harjan Milosevic , Rabu, November 13, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog