/

Suami Merokok Punca Isteri Sakit, Anak Cacat?

Bebelan isteri buat suami yang sukar berhenti merokok biarpun cucu sudah dewasa kadangkala ibarat mencurah air ke daun keladi. Bayangkan dari muda sehingga dipanggil atuk, rokok tetap menjadi peneman tanpa mengambil peduli kesan-kesannya kelak. Mungkinkah harga rokok yang telah dinaikkan ini boleh membuatkan ramai berhenti merokok secara perlahan-lahan?
 
KEMPEN KUATKUASA
Jun lalu, British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi semua jenama rokok yang ada dijual di Malaysia. Kenaikan harga rokok yang sudah berkuatkuasa ini bukanlah perkara baru sebaliknya telah acap kali dilakukan. Namun, bagi perokok tegar idea menaikkan harga rokok bukanlah satu jalan penyelesaian yang berkesan kerana mereka masih mampu merokok biarpun berkongsi kotak dengan rakan. Bahkan, ada yang sanggup mengikat perut.
 
Bermula dengan kempen bahayanya merokok, diikuti dengan menunjukkan imej ngeri di luar kotak, masing-masing ibarat sudah lali. Malah, golongan perokok tegar ini siap memilih jenis imej kegemaran lagi. Meskipun begitu, usaha semakin ditingkatkan demi membanteras sikap kuat merokok yang terang-terangan tidak membawa sebarang kebaikan. Saiz imej ngeri akibat merokok pada kotak rokok akan diperbesarkan daripada 40% sehingga 50%.
 
UNDANG PENYAKIT
Bukan itu saja, kadar nikotin juga akan dikurangkan selain melarang kaum wanita sebagai jurujual untuk melariskan rokok. Alasan merokok mampu menenangkan fikiran memang tidak masuk akal. Baik lelaki mahupun perempuan, muda atau tua, kesannya tetap sama. Tidak ada yang terlepas dari 'seksaan' bahana merokok. Bahkan, ahli keluarga terdekat yang tidak merokok dan hanya sekadar penghidu asap rokok juga mengalami masalah enam kali ganda lebih teruk.
 
Jika dibiarkan, kesan merokok membolehkan anda menjadi penghuni tetap di hospital. Mana tidaknya, merokok boleh menjejaskan keupayaan paru-paru menyedut oksigen seterusnya mengakibatkan kesukaran bernafas. Kanser, penyakit jantung, angin ahmar, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan mati pucuk adalah antara penyakit yang menanti anda jika anda tidak bertindak dari sekarang.
KESAN ASAP ROKOK
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun. 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
 
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
  1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  3. Lebih terdedah kepada kanser
  4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
  1. Lebih mudah mendapat lelah
  2. Mendapat jangkitan paru-paru
  3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Unknown , Khamis, November 07, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog