2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 3:08 PM

12Selasa,November

Ruth dan Elliot Handler pencipta Barbie

Ruth dan suaminya,Elliot bersama anak patung pertama ciptaan mereka.
 
"SETIAP kanak-kanak memerlukan sebuah anak patung bagi memberi sumber inspirasi untuk masa depan mereka. Jadi agak tidak masuk akal jika kanak-kanak bermain anak patung yang mempunyai dada yang rata. Jadi, saya mencipta anak patung lengkap dengan payudara cantik," - Ruth
 
Berbadan ramping, berwajah cantik, berkaki panjang dan mengenakan pakaian anggun merupakan ciri Barbie dikagumi kanak-kanak perempuan. Tapi ternyata, bukan kanak-kanak sahaja menyukainya, golongan dewasa juga menjadikan boneka cantik itu sebagai koleksi peribadi.
 
Idea menghasilkan Barbie tercetus selepas Ruth Handler melihat anaknya, Barbara bermain anak patung kertas yang mempunyai pelbagai karakter. Pada waktu itu, model anak patung paling popular hanyalah anak patung karakter bayi.
 
Bermula dari situ, Ruth mencadangkan kepada suaminya, Elliot untuk mencipta anak patung dewasa menyerupai manusia.
 
Pada 1956, Ruth bercuti ke Jerman bersama anaknya, Barbara dan Kenneth dan ketika itu terlihat boneka dewasa popular Jerman dikenali sebagai Bild Lili dan bermula dari situ beliau mendapat idea untuk menghasilkan Barbie.
 
Pada 9 Mac 1959, Barbie pertama dicipta memakai baju renang berjalur zebra ciptaan pereka fesyen Charlotte Johnson dari Mattel dengan padangan rambut perang berikat. Anak patung itu kemudiannya dipasarkan sebagai "Model Fesyen Remaja," ketika Pesta Boneka Amerika Syarikat.
 
Pada keluaran pertamanya, sebanyak 350,000 unit Barbie dijual dan pada 1961 'teman lelaki Barbie' digelar Ken pula diperkenalkan.
 
Barbie sebagai ikon budaya
Kemunculan Barbie di pasaran antarabangsa menjadi boneka itu sebagai ikon budaya.
 
Pada 1974, sebahagian daripada Times Square di New York diberi nama Boulevard Barbie selama seminggu, manakala pada 2013, restoran pertama bertemakan Barbie dibuka di Taiwan dan dikenali sebagai 'Barbie Cafe'.
 
Barbie juga pernah muncul dalam siri filem animasi dan menjadi watak pembantu dan filem Toy Story 2 dan Toy Story 3.
 
Latar belakang
Ruth berkahwin dengan Isadore Elliot Handler pada 1938 dan kemudian dikurniakan dua cahaya mata, Barbara Joyce dan Kenneth Robert.
 
Pada 1941, Ruth meletak jawatan sebagai setiausaha dan bergabung dengan suaminya membuka perniagaan perabut dan hiasan dalaman. Selepas mendapat ilham menghasilkan Barbie, mereka kemudianya menubuhkan syarikat Mattel Inc.
 
Sepanjang berkecimpung dalam dunia perniagaan Ruth pernah meraih anugerah 'Woman of the Year in Business' di Los Angeles sekali gus tersenarai dalam 'Toy Industry Hall of Fame'.
 
Era kegemilangan
Selepas kehadiran Barbie di pasaran dunia, anak patung ini menjadi kegilaan kanak-kanak dengan tahun pertama penjualannya mencecah 350,000 unit.
 
Barbie kemudiannya dicipta dengan inovasi lebih kukuh apabila mampu berinteraksi dan dikenali sebagai Chatty Cathy pada 1964.
 
Tirai suram
Pada 1970, Ruth disahkan menghidap kanser payudara dan terpaksa membuang keseluruhan payudaranya.
 
Disebabkan ketika itu payudara palsu belum dicipta, beliau kemudian menubuhkan syarikat 'Nearly Me' pada 1976 yang mengeluarkan payudara silikon.
 
"Ketika mencipta Barbie, saya merasakan wanita perlu mempunyai payudara. Selepas kehilangan payudara, saya berasa amat penting untuk mendapatkannya kembali," kata Ruth.
 
Sepanjang bergelut dengan kanser, beliau mengabaikan Mattel Inc hingga hilang kawalan.
 
Dugaan menimpa apabila, Ruth disiasat Suruhanjaya Bursa Sekuriti terhadap kesalahan rasuah, penipuan dan laporan palsu.
 
Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon rayuan.
 
Selepa disiasat Suruhanjaya Bursa Sekuriti meminta beliau membayar denda dan melakukan khidmat masyarakat selama lima tahun.
 
Akur dengan keputusan, Ruth kemudiannya meletak jawatan dariapada syarikat terbabit pada 1975.
 
Pada 2002, beliau meninggal dunia di Hospital City Centuey, Los Angeles akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan usus ketika berusia 85 tahun.
Unknown , Selasa, November 12, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog