2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 3:03 AM

18Isnin,November

Penghidap diabetes maut setiap 6 saat

Penghidap diabetes maut setiap 6 saat Pesakit terpaksa menyuntik insulin bagi membolehkan anggota tubuh mengubah gula dalam darah kepada tenaga. - Foto AGENSI
  • Tabiat pemakanan, gaya hidup antara punca masalah
Geneva, 17 Nov. 2013 - Penyakit kencing manis atau diabetes adalah punca satu kematian setiap enam saat dengan penghidapnya seramai 382 juta orang di seluruh dunia.
 
Ini didedahkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) yang sudah mendapatkan bantuan pelbagai pihak termasuk chef selebriti, Jamie Oliver hinggalah anak saudara raja reggae, Bob Marley bagi meningkatkan kesedaran mengenainya.
 
Bilangan melonjak
Bilangan penghidap diabetes melonjak 4.4 peratus sejak dua tahun lalu, lapor IDF yang menyiarkan data baru di Brussels.
 
Bilangan penghidap diabetes juga diramal meningkat 55 peratus menjadi 592 juta menjelang 2035.
Ini berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak baik, gaya hidup santai selain meningkatnya masalah obesiti dan jangka hayat lebih lama.
Pada 2009, bilangan penghidap kencing manis di seluruh dunia adalah 285 juta.
 
"Keadaan belum stabil lagi dan penghidap diabetes terus meningkat," kata pakar epidemiologi dan penyelaras projek Atlas Diabetes untuk IDF, ketika dihubungi.
 
"Diabetes terus menjadi masalah besar dan semakin teruk hingga melepasi daripada jangkaan."
 
Penyakit itu berpunca daripada kekurangan insulin, unsur yang membolehkan anggota tubuh mengubah gula dalam darah kepada tenaga.
 
RM1.6t kos rawatan
Pada tahun ini, masyarakat antarabangsa menghabiskan AS$548 bilion (RM1.6 trilion) bagi menanggung kos rawatan penghidap diabetes.
 
"Semuanya bergantung kepada kesedaran seseorang itu. Diabetes juga adalah sejenis penyakit senyap, jadi adalah lebih baik kita dapat membincangkannya," kata Mike Doustdar, naib presiden kanan Novo Nordisk, pengeluar insulin terbesar dunia.
 
China mencatat negara paling ramai penghidap kencing manis iaitu 98 juta atau 10 peratus daripada penduduknya, peningkatan dramatik berbanding hanya satu peratus pada 1980, menurut laporan baru-baru ini. – Agensi
Unknown , Isnin, November 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog