2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 4:35 AM

14Khamis,November

Penanaman candu meningkat 50 peratus

Kabul, 13 Nov. 2013 - Jumlah penanaman candu di Afghanistan mencatat rekod tertinggi tahun ini apabila petani cuba mengelak kerugian ekoran pengunduran tentera asing dari negara itu tahun depan.
Keluasan kawasan yang ditanam dengan popi, kata Pejabat Dadah Dan Jenayah PBB (UNODC), meningkat 36 peratus pada 2013 manakala pengeluaran candu - yang menjadi bahan utama pembuatan heroin - menambah hampir 50 peratus berbanding tahun lalu.
 
"Petani bimbang kepulangan tentera Nato yang diketuai AS - setakat ini seramai 75,000 orang - menjelang 2014 akan menyebabkan Afghanistan kembali ke kancah peperangan," kata agensi itu dalam laporan tahunannya yang diedarkan semalam.
 
Menurut UNODC, petani mungkin meningkatkan keluasan tanaman untuk cuba menambah aset sebagai jaminan terhadap masa depan mereka yang tidak menentu.
 
Selama lebih sedekad pasukan keselamatan yang disokong Barat cuba menghapuskan pengeluaran candu tetapi kejayaan yang dicapai sangat terhad.
 
Malah petani yang berada di dua wilayah "bebas popi" di utara Afghanistan kembali menanam pokok berkenaan pada tahun ini.
 
Menurut UNODC, pada tahun ini kawasan ditanam pokok popi meningkat kepada 209,000 hektar berbanding 154,000 hektar tahun lalu.
 
Puncak pengeluaran candu sebelum ini ialah pada 2007 apabila 193,000 hektar tanah ditanam dengan pokok popi.
Pengeluaran candu pula mencapai tahap 5,500 tan atau meningkat hampir separuh dari 2012 tetapi lebih rendah berbanding 2007 (7,400 tan) kerana faktor cuaca. - AFP
Unknown , Khamis, November 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog