WASHINGTON, 19 Nov. 2013 - Agensi Keselamatan Nasional (NSA) AS pernah melaporkan sendiri pelanggaran peraturan pengintipan kepada mahkamah perisikan pada 2009 dan berjanji melaksanakan pendekatan keselamatan tambahan bagi mengelak berulangnya kesalahan tersebut.
Perkara itu dilaporkan selepas pentadbiran Presiden, Barack Obama mendedahkan lebih 1,000 muka fail rahsia mengenai program pengumpulan rekod telefon ke atas rakyat AS sejak tujuh tahun lalu oleh kerajaan.
Pendedahan fail rahsia tersebut pada malam tadi merupakan sebahagian daripada saman sivil yang mencabar pengumpulan rekod telefon oleh kerajaan di mana White House menyifatkan tindakan itu penting bagi menangani keganasan.
Fail yang didedahkan malam tadi, diklasifikasikan sebagai sulit sehingga kebanyakan alasan kerajaan mengumpul rekod telefon rakyat AS, telah dipadam.
Menurut rekod mahkamah dari 2009, selepas berulang kali memberi jaminan NSA akan mematuhi arahan mahkamah, agensi itu mengakui pengumpulan bahan dilakukannya tidak mengikut peraturan.
“Sebagai satu contoh, kerajaan menyatakan pelanggaran peraturan berlaku kerana pengurusan tidak baik, kurangnya penglibatan oleh pegawai dan prosedur pengesahan dalaman, kata dokumen tersebut.
Dalam satu kes lain, NSA menyatakan, berlaku pelanggaran peraturan dalam mengumpulkan maklumat ekoran kesalahan tipografi atau data bercetak.
Hakim mahkamah perisikan, John D. Bates dalam kes 2009 berkata, mereka yang bertanggungjawab memantau di NSA gagal melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan walaupun kerajaan berulang kali memberi jaminan namun masih berlaku masalah.
Pendedahan terbaharu itu menggambarkan kerajaan cuba mengekalkan hak ke atas pengumpulan rekod telefon rakyat AS walaupun mendapat bantahan Kongres. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "