KUALA LUMPUR, 11 Nov. 2013 - Sebanyak 29,754 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 November, dengan peningkatan lebih 11,000 kes berbanding tahun 2012 yang mencatatkan 18,268 kes.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kerana denggi bukanlah satu wabak yang boleh dianggap enteng kerana mampu meragut nyawa.
Jumlah kumulatif kes kematian akibat demam denggi setakat ini meningkat 61 berbanding 32 kematian pada 2012.
409 lokaliti aktif wabak denggi dipantau di seluruh negara dan jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah dilaporkan setakat ini. Daripada jumlah itu, 72 lokaliti berisiko dicatat di Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, peningkatan kes demam denggi sukar dibendung kerana kurangnya kerjasama daripada masyarakat.
"Masalah di malaysia pengetahuan tentang cara jangkitan denggi dan cara macam mana penyakit ini merebak luas tidak dititik beratkan oleh rakyat.
"Kalau tiap-tiap rakyat malaysia boleh mengubah sikap, mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes. kita boleh berjaya di dalam usaha ini," kata Subramaniam.
Masyarakat seharusnya perlu sedar bahawa kawalan terhadap wabak maut ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa tempatan saja.
Mengulas lanjut mengenai wabak denggi ini, Ketua Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah menjelaskan bahawa bukan hanya kebersihan didalam dan diluar rumah perlu dititik beratkan sebaliknya kebersihan di tapak-tapak pembinaan juga perlu diambil berat.
"Di kawasan tapak pembinaan tidak kira yang masih aktif atau tidak aktif mungkin terdapat air bertakung yang boleh membiak nyamuk aedes," kata Dr Hayati ketika menjadi tetamu Awani 745 yang membincangkan tentang wabak denggi. - Astro Awani
Selasa, November 12, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Masyarakat masih tidak sedar bahaya wabak denggi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "