Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 8:58 PM

13Rabu,November

Lebih mudah kuasai ilmu jika diajar dalam bahasa ibunda: Naib Canselor UPM

KUALA LUMPUR, 13 Nov. - Kajian menunjukkan bahawa sesuatu ilmu itu lebih mudah dihadam jika diajarkan dalam bahasa ibunda, kata Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan.
 
Beliau berkata, gedung khazanah bahasa Melayu sebenarnya cukup kaya dan mampu menjadi medium penyebaran maklumat dan ilmu.
 
"Potensi bahasa Melayu untuk menjadi bahasa dunia khususnya dalam sektor ekonomi adalah tidak mustahil.
 
"Bahasa Melayu hanya berhadapan dengan krisis keyakinan dalam kalangan para penggunanya dek keterbatasan kosa kata untuk mengungkap perkembangan tamadun dunia yang berasaskan sains dan teknologi," katanya ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VIII di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.
 
Seminar dua hari bertemakan 'Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa' itu anjuran bersama UPM dan DBP.
 
Dalam sidang akhbar kemudian, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan turut sependapat dengan Mohd Fauzi bahawa banyak kajian mendapati ilmu lebih mudah diterima jika diajar dalam bahasa ibunda.
 
"Salah satu kajian dilaksanakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO)," katanya.
Terdahulu, Awang ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Strategi Menjayakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Negara Bangsa' berkata, usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh semua peringkat warganegara.
 
"Bahasa kebangsaan, seperti diungkapkan Perdana Menteri pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj sebagai roh bangsa dan negara yang merdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan.
 
"Ini kerana kemajuan yang hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri," katanya.
 
Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaan supaya sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris supaya golongan muda negara ini tidak ketinggalan dalam menguasai pelbagai ilmu susulan perkembangan pesat kedua-dua bidang berkenaan. - Bernama
Unknown , Rabu, November 13, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog