/

Kod sekuriti mesin ATM, polis nasihat orang ramai berhenti sebar mesej palsu

KUALA LUMPUR, 12 Nov. 2013 - Polis menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu berkaitan dengan kaedah untuk menyelamatkan diri ketika berhadapan dengan situasi dipaksa oleh penjenayah untuk mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, penyebaran mesej yang dibuat melalui laman sosial atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya terdapat bantuan pihak polis akan diterima sekiranya mangsa rompakan memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik merupakan maklumat tidak benar.
"Polis membuat pengesahan dengan Bank Negara berkaitan dengan perkara tersebut dan mendapati kaedah yang disebarkan oleh mesej itu tidak pernah wujud.
"Tiada kod sekuriti khas yang diwujudkan dengan cara memasukkan nombor pin secara terbalik untuk keselamatan pengguna mesin ATM," ujar kenyataan tersebut di sini hari ini.
 
Berikutan itu, polis menyeru agar rakyat Malaysia menjadi lebih bertanggungjawab dengan berhenti menyebarkan maklumat yang tidak diketahui kesahihan kandungannya. - KOSMO!
 
 
Unknown , Rabu, November 13, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog