NEW YORK, 19 Nov. - Kanak-kanak yang sering menggunakan skrin sesentuh komputer tablet akan mengalami masalah pertumbuhan otot tangan dan jari, sekaligus menyukarkan perkembangan otot-otot yang digunakan untuk menulis.
Penyelidik dari Pusat Pembelajaran dan Terapi Maryland, Lindsay Marzoli berkata, sekiranya golongan itu terus menggunakan komputer tablet dan tidak melakukan aktiviti menulis, ia boleh menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah dan memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang.
Apa yang dapat dilihat sekarang, banyak kanak-kanak mengalami masalah penyusutan pertumbuhan otot-otot di sesetengah bahagian badan, kata Marzoli kepada stesen televisyen CBS.
Pakar Kanak-Kanak dari Pusat Perubatan Greater Baltimore, Dr. Timothy Doran pula berkata, penggunaan komputer tablet secara berlebihan antara tiga ke empat jam oleh kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa, merupakan satu pembangunan modal insan yang berbahaya.
Bimbang akan penularan masalah itu, Akademi Pediatrik Amerika Syarikat mengeluarkan garis panduan baharu yang menyatakan kanak-kanak dilarang daripada menggunakan skrin sesentuh melebihi dua jam sehari.
Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, mereka tidak dibenarkan langsung menggunakan skrin sesentuh, selain menasihati supaya televisyen, komputer tablet dan komputer tidak diletakkan di dalam bilik kanak-kanak.
Satu kajian diselia penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro menyatakan, penggunaan komputer, permainan video dan telefon bimbit juga menyebabkan generasi muda berdepan masalah sakit di bahagian tengkuk dan belakang badan.
Kajian itu menunjukkan tiga per empat daripada murid-murid sekolah rendah dan dua per tiga pelajar sekolah menengah mengalami masalah tersebut tahun lalu.
Kehidupan moden dan pembangunan teknologi yang berlaku begitu pantas membawa kesan buruk kepada kesihatan otot anak-anak kita dan jika tidak ditangani sekarang, masalah ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada kanak-kanak apabila mereka dewasa kelak, kata pakar fisioterapi, Lorna Taylor. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "