Ahad : 6 April 2025   
@ 8 Syawal 1446H / 10:57 AM

19Selasa,November

Kajian : Wanita di dunia habiskan masa lebih 11 jam lebih dari lelaki dalam hal kerja rumah

Menurut laporan survey Organisation for Economic Cooperation (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) terhadap 28 negara di dunia, 18% wanita menghabiskan lebih masa dari lelaki membuat kerja termasuklah kerja-kerja harian di rumah manakala 30% kaum lelaki menghabiskan masa melakukan kerja yang berbayar tetapi kurang melakukan aktiviti dan kerja harian di rumah. Dimana hal ini kita lihat sangat biasa di mana-mana negara sekalipun.
Di China , wanita menghabiskan masa sebanyak lapan jam lebih seminggu di dalam melakukan kerja-kerja rumah daripada suami, manakala orang lelaki menghabiskan purata tiga jam lebih kepada pekerjaan mereka.

 
Menurut laporan DailyMail, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan meletakkan England di tempat ke-19 daripada 28 dalam jadual kesaksamaan gender dalam kerja-kerja rumah. Dalam seminggu , wanita British menghabiskan purata 11 jam melakukan kerja di rumah berbanding suami mereka.  Pasangan di negara-negara termasuk Amerika Syarikat , Afrika Selatan , Finland , Estonia , Ireland , Hungary , Poland , Jerman , Sweden , Norway , Belanda, Portugal , Slovenia , Austria , Belgium dan Denmark semuanya membahagi tugasan kerja rumah  yang lebih sama rata.
 
Sementara itu , Itali – yang mempunyai salah satu daripada kadar kelahiran paling rendah di dunia barat – mempunyai jurang gender yang terbesar  dalam hal melakukan kerja rumah. Wanita Itali menghabiskan masa sehingga 21 jam lebih seminggu daripada orang lain dalam melakukan kerja rumah. Ia diikuti oleh Jepun (21 jam), India (18 jam), Sepanyol (15 jam), New Zealand, Turki dan Kanada (14 jam), Korea (13.5 jam) Mexico (13 jam) dan Perancis (12.5 jam) .
 
Secara purata, wanita menghabiskan 31.5 jam seminggu kerja tanpa berbayar manakala lelaki hanya 21 jam saja melakukan kerja yang tidak berbayar, tetapi melakukan kerja berbayar lebih dari wanita iaitu  33.7 jam  berbanding wanita iaitu hanya 24.5jam.
 
Hal ini menunjukkan bahawa tanggungjawab yang besar untuk kerja-kerja rumah meninggalkan kesan secara langsung kepada keputusan wanita untuk bekerja di luar untuk membantu keluarga dan juga dalam isu pengukuhan ketidaksamaan jantina dalam akses kepada peluang pekerjaan dan sumber ekonomi. Ia juga membawa kepada masalah beban berganda dalam menggalas tanggungjawab menjaga keluarga yang boleh menyebabkan kekurangan masa dan tekanan, dengan kesan-kesan negatif terhadap kepuasan hidup dan kesihatan bagi wanita. Wanita juga lebih cenderung untuk tidak mempunyai masa untuk diri sendiri dan menyebabkan tekanan hidup.
 
 
 
Unknown , Selasa, November 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog