Pasport sains diplomatik membolehkan kajian dilakukan tanpa campur tangan politik.
PADA bulan lalu, Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) menerima Hadiah Nobel Keamanan selepas badan antarabangsa itu menyelia proses untuk memusnahkan bekalan senjata kimia milik Syria.
Sejak penubuhannya pada 1993, OPCW telah membantu untuk menghapuskan kira-kira 80 peratus bekalan senjata kimia di seluruh dunia yang turut dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa.
OPCW sebenarnya telah menggariskan peranan sains dan teknologi dalam usaha memacu kejayaan diplomatik dan yang pasti ia bukan satu idea dasar baru.
Sebagai contoh, Kesatuan Eropah (EU) yang turut menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun lalu menggunakan penyelidikan tenaga untuk menggalakkan keamanan dan kemakmuran di benua tersebut sejak Perjanjian Euratom ditandatangani pada 1957.
Ilmu sains dalam hasil penyelidikan dan kualiti pendidikan tinggi juga sudah menjadi kunci utama dalam hubungan antarabangsa.
Pada masa ini, ia memainkan peranan penting dalam menangani cabaran global termasuk perubahan iklim dunia dan resolusi konflik, dipetik CNN.
Jika dilihat dalam situasi di Syria, ilmu sains tidak hanya membantu untuk memusnahkan bekalan senjata kimia, malah ia juga berperanan menyediakan bukti kukuh berhubung kewujudan simpanan gas beracun di negara itu.
Teknologi kini sememangnya luar biasa kerana ia membolehkan kompleks kimia dikesan menerusi satelit di kawasan bergolak.
Bagi terus menjadi pemangkin kepada diplomasi, setiap negara seharusnya menyokong idea imuniti sains sebagai satu analogi atau kekebalan politik.
Langkah berani ini boleh membawa kepada penciptaan pasport sains diplomatik yang akan membolehkan penyelidik bertauliah melakukan kajian dengan bebas tanpa campur tangan politik.
Penggunaan pasport tersebut penting kerana penemuan dalam bidang sains kini semakin banyak dicapai melalui kerjasama dan pembiayaan dana antarabangsa.
Pada 1973, kira-kira dua pertiga daripada 400,000 penerbitan penyelidikan akademik berindeks Thomson Reuters adalah dari negara G7 (Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Itali, Kanada dan Jepun).
Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah tersebut telah meningkat empat kali ganda iaitu sekitar 1.75 juta jurnal penerbitan dan sebahagian daripadanya dihasilkan dari luar negara G7.
Ilmu sains yang semakin meningkat juga dapat menjadi pemacu ekonomi global pada masa depan kerana dalam teori klasik, pertumbuhan dan komposisi penduduk, tanah suai tani serta bahan mentah adalah penentu corak jangka panjang pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanapun, sejarah ekonomi menunjukkan tahap pelaburan dalam bidang sains menerusi pembangunan dan penyelidikan serta pendidikan tinggi menjelaskan kemunculan corak pertumbuhan baru.
Hal ini turut mempengaruhi bentuk hubungan antarabangsa kerana bidang sains dianggap sebagai kesinambungan politik atau diplomasi yang lebih bersifat akademik.
Oleh itu, bidang sains perlu menjadi medium untuk pusat diplomasi yang boleh dipraktikkan menerusi kerjasama dan pertukaran penyelidikan antarabangsa.
Selain itu, diplomasi sains juga dapat membantu untuk menghubungkan masyarakat, menggalakkan atau mencipta akses infrastruktur dalam bidang tersebut.
Secara kesimpulannya, kajian jelas menunjukkan bidang sains, penyelidikan dan pendidikan tinggi adalah kunci perkongsian global untuk menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang.
- Sinar harian, 10 November 2013
Isnin, November 11, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ilmu sains pemangkin diplomasi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "