Perhatikan sekeliling anda, setiap barang yang terdapat di dalam rumah, pejabat dan tempat awam pasti ada sebahagiannya adalah teknologi moden.
Jika di rumah, mesin basuh pakaian contoh paling mudah untuk membantu dan menjimatkan masa individu untuk melakukan kerja. Bahkan, ada pelajar universiti yang menetap di asrama, malas membasuh pakaian sehingga mengumpulnya untuk dibawa pulang ke rumah pada hujung minggu.
Di pejabat pula turut menggunakan mesin fotostat yang menjimatkan masa untuk membuat salinan dokumen. Apatah lagi dengan aplikasi Microsoft Word yang serba canggih, memudahkan tugas pejabat atau kerja kuliah.
Kemajuan teknologi sememangnya membantu memudahkan kerja manusia tetapi kalau dilihat secara teliti, ada yang tidak moleknya dan percaya atau tidak, ramai antara kita menjadi malas kerana 'bantuan' itu. Bahkan otak kian mundur dan tidak mahu berfikir.
Dengan adanya teknologi, hendak bergerak pun semakin malas sehingga menjadi penyebab penurunan kecerdasan tubuh. Teknologi menyediakan seribu kebaikan kepada manusia sejagat, bukan?
Ini juga membuatkan sebilangan pihak menggunakan alasan itu untuk mengelak melakukan urusan kerja hingga menyerahkan segala-galanya kepada mesin automatik. Namun pernahkah kita terfikir bahawa mesin yang digunakan itu masih boleh dikawal?
Menurut kajian seorang profesor dari Universiti Stanford, semakin maju teknologi itu membuatkan otak manusia menjadi semakin lemah. Walhal suatu ketika dulu, manusia berusaha melakukan sesuatu kerja meskipun ia sukar dan berat untuk diselesaikan.
Oleh kerana itu, ilmuan mencipta segala benda canggih di dunia ini hanya semata-mata untuk meringankan tugas manusia dan menjimatkan masa.
Namun sebaliknya terjadi apabila manusia mengharapkan 100 peratus bantuan teknologi yang mula menguasai pemikiran. Kemajuan teknologi ini turut mengakibatkan kita alpa untuk bertindak menggunakan kudrat sendiri.
Bayangkan jika teknologi yang digunakan rosak, pasti ada yang kelam-kabut. Jadi, jangan terlalu bergantung kepada teknologi.
Namun peningkatan yang begitu drastik dan penerimaan luar biasa seluruh penduduk dunia menyebabkan seolah-olah teknologi mengawal urusan seharian manusia. Bagaimanapun, manusia diberikan akal fikiran, takkan mahu membiarkan kita dikawal!
Eskalator
Pergi saja ke gedung beli-belah, ada tangga bergerak atau lif. Pasti kita akan memilih kemudahan itu berbanding tangga biasa. Penat untuk mendaki tangga, kena pula ke tingkat tiga atau empat. Lenguh lutut! Jadi, fikir kebanyakan kita yang sememangnya 'malas', apa salahnya manfaatkan kemudahan eskalator berkenaan.
Pun begitu, tidak ada salahnya memilih menggunakan cara apa sekalipun. Mungkin hanya sekali sekala saja menggunakan tangga bergerak. Namun tak semua, ada juga yang lebih suka naik tangga biasa untuk membantu keluarkan sedikit peluh yang hanya penat seketika.
Mesin ATM
Menyebut berkaitan mesin juruwang automatik (ATM), pengguna tidak perlu beratur panjang dan mengikut nombor giliran untuk selesaikan hal berkaitan kewangan dengan pihak bank. Lebih-lebih lagi yang kesuntukan masa untuk menyelesaikan urusan simpanan, pindahan wang atau bayaran.
Ia menjimatkan masa orang ramai untuk menyelesaikan urusan lain dan mengurangkan tenaga manusia. Bahkan mereka yang bekerja di kaunter juga menggunakan komputer untuk menganalisis data baru yang masuk.
Antisosial
Kelemahan yang lain menjadikan remaja hari ini kurang berinteraksi di dunia sebenar, malah lebih cenderung berkomunikasi di laman sosial untuk menghabiskan masa dengan teknologi tanpa perlu bersua muka dengan 'rakan manusia'.
Malah ada yang malas untuk bertanya kepada orang sekeliling dan mengharapkan segala yang diperlukan menerusi Internet. Apakah remaja hari ini sudah tebal sifat malunya apabila Google menjadi kawan karib?
Jadi, jangan terlalu mengharapkan kepada 'enjin carian' semata-mata dan perlu juga berjumpa mereka yang pakar dalam bidang yang dicari bagi mendapatkan maklumat tambahan.
*Oleh NURUL HALIFAH HAMIRUDDIN, Harian Metro
Rabu, November 06, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Hamba teknologi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "