New York, 24 Nov. 2013 - Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mungkin membenarkan penumpang kapal terbang membuat panggilan menggunakan telefon bimbit dalam penerbangan, mengetepikan kebimbangan mengenai peralatan elektronik membahayakan pemanduan pesawat.
Kebenaran itu juga membolehkan pesawat menambah pendapatan dengan mengenakan bayaran kepada penumpang yang ingin menghubungi ahli keluarga pada ketinggian 10,688 meter.
Bagaimanapun, pendapatan tambahan itu mungkin tidak berbaloi berbanding tindak balas penumpang yang melihat perbualan keterlaluan rakan sebelah menyebabkan rasa tidak selesa, selain kerusi kecil dan tong sampah melebihi had.
"Budi bahasa biasanya hilang apabila orang mula menggunakan telefon bimbit.
Anda fikir pertengkaran dan pergaduhan mengenai menjatuhkan tempat duduk belakang sudah teruk."
Panggilan ganggu penumpang
"Tunggu sehingga orang ramai mula merungut mengenai seseorang yang bercakap terlalu kuat di telefon," kata penumpang pesawat, James Patrick II.
Ia antara alasan kesatuan pembantu penerbangan terbesar negara itu lantang menentang kebenaran membuat panggilan telefon dalam pesawat.
FCC mencadangkan untuk menarik larangan itu, dan pesawat perlu memutuskan sama ada mahu membenarkan penumpang membuat panggilan. Larangan itu kekal ketika berlepas dan mendarat.
Delta Air Lines adalah satu-satunya penerbangan utama yang menyatakan dengan jelas panggilan telefon tidak dibenarkan di dalam semua pesawatnya, walaupun FCC membenarkannya.
Delta berkata, reaksi daripada pelanggan menunjukkan sentimen menggalakkan untuk ia terus melarang sebarang panggilan telefon.
Sementara United Airlines berkata, jika FCC mengubah peraturan itu, mereka akan mengkaji dulu langkah itu selain mendapatkan tindak balas daripada pelanggan dan kru American Airlines turut mengumumkan pendekatan sama, manakala JetBlue mengalu-alukan peluang menerokai panggilan telefon tetapi keutamaannya adalah menyediakan kabin yang selesa kepada semua.
Namun sudah ada banyak cara membuat panggilan secara sah menggunakan rangkaian Wi-Fi pesawat ketika memprogramkan telefon bimbit kepada mode kapal terbang.
Pesawat memilih untuk menghalang cara berkenaan. - Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "