GOLONGAN wanita boleh dikatakan sebagai golongan yang sangat cerewet dalam apa jua hal. Tidak kira dari segi pemakanan, cara hidup, fesyen hingga ke pemilihan sabun pencuci muka. Dalam kata mudah mereka ini sangat mementingkan kualiti hidup.
Dalam sibuk memilih sesuatu yang berkualiti bagi diri mereka, pastinya ada perkara-perkara yang mereka terlepas pandang. Fakta yang dikongsikan ini bukanlah untuk menakutkan anda sebagai golongan wanita, tetapi ia sebagai satu cara untuk mengubah persepsi pemikiran anda sekaligus mengubah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih baik dan berkualiti.
1. Gincu antara punca kegagalan jantung.
Golongan wanita pastinya mempunyai keinginan untuk sentiasa dilihat cantik. Maka, mereka akan berhias menggunakan pelbagai jenis alat-alat solek dan pastinya gincu adalah salah satu daripadanya. Namun tanpa mereka sedari, gincu adalah salah satu daripada penyumbang kepada kegagalan jantung. Kebanyakan gincu-gincu berjenama di pasaran pada masa kini menganduni bahan kimi berbahaya seperti 'paraben', 'methacrylate', plumbum dan 'triclosan'.
Bahan-bahan berbahaya seperti ini cepat diserap ke dalam aliran darah apabila anda mengaplikasikannya di bibir. Penggunaan gincu boleh dikatakan bukan hanya sekali sehari, malah ada golongan wanita yang mengemas gincu mereka berkali-kali sepanjang hari. Jika anda merupakan golongan wanita yang amat mementingkan penampilan, tanpa disedari anda adalah antara mereka yang telah secara langsung memasukkan kimia berbahaya tersebut ke dalam badan.
Satu eksperimen telah dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu. Penyelidik yang melakukan kajian terhadap tikus mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia tersebut mengalami gangguan otak sekaligus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot. Walaupun kajian tersebut tidak diuji ke atas manusia, namun ia tetap berada di tahap yang membimbangkan di mana ia mampu menjejaskan kesihatan manusia. Salah sebuah syarikat penjagaan kulit terkemuka, Johnson & Johnson telah membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan triclosan dan parabens di dalam mana-mana produk mereka.
2. Teh hijau cegah ostreprosis.
Apabila dimamah usia, pastinya pelbagai penyakit bakal 'memakan diri'. Justeru, pelbagai jenis makanan tambahan serta produk kesihatan memenuhi pasaran tidak kira sama ada produk tempatan dan antarabangsa. Salah satu penyakit yang sering kita dengari adalah osteoporosis. Osteoporosis merupakan sajenis penyakit tulang paling 'popular' dalam kalangan warga emas dan sememangnya ia menyakitkan. Penyakit tersebut melemahkan sel-sel tulang di mana ia boleh membawa kepada keretakan tulang pada bila-bila masa.
Malah, dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mendapati peluang golongan wanita mendapat penyakit osteoporosis adalah empat kali lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland terhadap teh hijau mendapati minuman herba tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang pertumbuhan tulang.
Kita sedia maklum bahawa teh sememangnya popular dari zaman Dinasti Qing di China di mana ia dijadikan bahan perubatan. Hingga ke hari ini, teh masih lagi menjadi pilihan sebahagian besar penduduk dunia apabila ia dilihat sangat bermanfaat. Beberapa kajian saintifik juga membuktikan teh mampu menangani beberapa penyakit lain seperti kanser, obesiti dan dehidrasi.
Pengambilan tiga cawan teh atau lebih dalam sehari adalah jauh lebih baik berbanding pengambilan air dalam kuantiti yang sama di mana kandungan antioksidan yang tinggi di dalam teh mampu meningkatkan daya tahan badan.
Tambah menarik, sebatian di dalam teh hijau mampu menghalang resorpsi tulang – sejenis penyakit yang melemahkan tulang akibat pereputan sel. Jika tekak anda sukar untuk menerima rasa pahit the tersebut, anda boleh menambah beberapa sudu madu ke dalam minuman tersebut. Bukan itu sahaja, pengambilan minyak 'flaxseed' yang sememangnya kaya dengan omega 3 dan 6 dilihat mampu memberi kesan positif kepada kepadatan tulang sekaligus membantu mereka yang berisiko menghidap osteoporosis.
Rabu, November 13, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Fakta kesihatan mengejutkan wanita silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "