WASHINGTON, 10 Nov. - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), hari ini melancarkan kapal pengangkut pesawat generasi baru pertama yang dilabel sebagai kapal perang berteknologi paling canggih pernah dibina.
Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear, USS Gerald Ford, yang menelan kos pembinaan sebanyak AS$13 bilion (RM41.3 bilion) bakal memulakan perkhidmatan pada 2016.
Majlis pelancaran kapal berkenaan yang dilengkapi pelbagai teknologi canggih, diadakan di pelabuhan Newport News, Virginia berdekatan pangkalan Tentera Laut Norfolk dan turut disaksikan oleh Susan Ford Bales yang merupakan anak perempuan mendiang Presiden AS ke-38, Gerald Ford.
USS Gerald Ford merupakan ciptaan terbaru kapal pengangkut dalam tempoh 40 tahun yang disifatkan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Laut, Laksamana Jonathan Greenert sebagai kapal yang dilengkapi teknologi mengagumkan.
Bagaimanapun pembinaan kapal terbabit yang hanya siap 70 peratus ditangguhkan dan dijangka memulakan khidmat seawal Februari 2016 ekoran berdepan masalah pemotongan bajet pertahanan secara automatik.
Selain itu, Greenert menjelaskan, perbelanjaan pertahanan perlu disalurkan pada program lain termasuk pembinaan kapal selam, menyebabkan pembinaan kapal USS Gerald Ford mungkin tertangguh selama dua tahun.
Undang-undang AS menetapkan bahawa pihak tentera perlu mengekalkan jumlah 11 kapal pengangkut pesawat, namun hanya 10 buah yang beroperasi ketika ini disebabkan persaraan kapal USS Enterprise pada tahun lalu.
Armada kapal pengangkut pesawat ketika ini yang dibentuk antara 1975 dan 2009 merupakan kelas Nimitz, namun USS Gerald Ford atau CVN 78, mewakili kelas baru dengan reka bentuk baru yang akan menjadi model kepada pembinaan dua lagi kapal pengangkut, John F. Kennedy dan Enterprise yang baru.
Kapal kelas Ford itu berukuran kira-kira 330 meter, sekali gus membolehkan ia melancarkan 25 peratus lebih serangan jet pejuang dan helikopter, selain menjana tenaga elektrik dan menghasilkan air yang lebih segar daripada sistem penyahmasin, membolehkan kelasi kapal mandi dengan selesa.
"Kelas Ford direka untuk meningkatkan keupayaan perang dengan jumlah krew yang lebih kecil iaitu kira-kira 700 orang, sekali gus mengurangkan kos penyenggaraan kapal," jelas Tentera Laut AS dalam kenyataannya. - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "