New York, 20 Nov. - Penyanyi kumpulan Maroon 5, Adam Levine dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi oleh majalah People semalam.
Artis yang pernah memenangi anugerah Grammy dan menjadi juri pertandingan nyanyian popular NBC The Voice mengalahkan sejumlah selebriti lain, termasuk Bruno Mars dan Justin Timberlake. Levine, 34, kini ialah tunang kepada model pakaian dalam Victoria Secret, Behati Prinsloo.
Kata Levine, dia amat terkejut dengan pengumuman itu.
“Sebagai pemuzik, anda mengimpikan untuk memenangi anugerah Grammy, tetapi tidak pernah terfikir untuk meraih pengiktirafan sebegini.
“Saya benar-benar terkejut dan hairan.
“Ia seolah-olah satu jenaka tetapi saya tahu ia bukan gurauan dan saya rasa pengiktirafan ini memang hebat,” katanya. Levine menyertai senarai pemenang sebelum ini termasuk Channing Tatum, Brad Pitt, Johnny Depp, Ryan Reynolds, George Clooney dan Matt Damon.
Penyanyi itu menceburi bidang lakonan tahun lalu apabila muncul buat kali pertama dalam siri televisyen “American Horror Story”. Dia juga muncul dalam filem “Can A Song Save Your Life?“ bersama Keira Knightley dan Mark Ruffalo tahun ini. Filem itu turut ditayangkan dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "