2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 30 Julai 2025   
@ 5 Safar 1447H / 1:37 AM

11Isnin,November

11 bilion planet saiz bumi dikesan

11 bilion planet saiz bumi dikesan Taburan 11 bilion planet yang dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, NASA.
  • Ahli astronomi anggar satu daripada setiap lima bintang mampu simpan air
New York, 10 Nov. 2013 - Saintis berkata, kira-kira 11 bilion planet yang sama saiz dengan Bumi dan mengelilingi matahari, wujud di galaksi Bima Sakti dan ada di antaranya mungkin boleh didiami.
 
Dengan menggunakan satu kaedah pintar untuk mengesan exoplanet bersaiz Bumi yang mungkin mereka terlepas pandang, ahli astronomi menganggarkan bahawa satu daripada setiap lima bintang pada pusat sistem suria memiliki sebuah planet yang mampu menyimpan air di permukaannya dan mempunyai bahan kimia yang menyokong kehidupan.
 
Kehidupan pintar
"Penemuan itu disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, mewakili satu lonjakan besar ke arah kemungkinan kehidupan termasuk kehidupan pintar di alam semesta," kata ahli astronomi UC Berkeley, Geoffrey Marcy yang terbabit dalam kajian terbaru itu.
 
Keputusan menunjukkan bahawa Bima Sakti menempatkan 11 bilion planet seperti Bumi. Jika planet yang mengorbit bintang kerdil merah dimasukkan jumlahnya meningkat kepada 40 bilion, kata Marcy.
 
Bancian planet terbaru
Paling hampir mungkin sejauh 12 tahun cahaya.
 
Bancian planet terbaru itu berdasarkan data dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, pemburu planet utama NASA. Analisis itu juga mengenal pasti mengenal pasti 603 exoplanet termasuk 10 planet bersaiz Bumi yang mengelilingi zon dan boleh didiami.
 
"Sejak dilancarkan pada 2009, Kepler membantu mendedahkan pelbagai dunia asing di Bima Sakti," kata William Borucki yang mengetuai misi Kepler di Pusat Penyelidikan Ames, NASA di Mountain View, California.
 
"Kebanyakannya unik dan aneh termasuk mini Neptune dan super Jupiter yang tidak seperti planet lain dalam sistem suria kita."
 
Beberapa planet yang jauh mengandungi air keseluruhannya manakala yang lain mempunyai ketumpatan yang lebih besar dari besi atau lebih rendah berbanding Styrofoam.
 
Daripada beribu-ribu planet yang dikaji Kepler, ahli astronomi UC Berkeley, Erik Petigura mempunyai satu soalan:
 
Berapa banyak planet yang serupa seperti Bumi?
 
- Agensi
Unknown , Isnin, November 11, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog