2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Wanita kurang tuntut naik gaji

Punca pandang rendah diri sendiri : Kajian
 
WASHINGTON, 13 Okt. 2013 - Pekerja wanita didapati kurang berminat membuat rundingan gaji atau menuntut kenaikan gaji berbanding lelaki, lapor satu penyelidikan.
 
Kajian yang dijalankan Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati, berbeza dengan wanita, lelaki lebih menyenangi persekitaran kerja dengan rundingan gaji dan harapan mendapat kenaikan dari semasa ke semasa.
 
Kajian yang bertajuk, 'Adakah Wanita Mengelak Rundingan Gaji' diketuai Andreas Leibbrandt dan John A List, mendapati wanita yang berkemahiran dan bijak sekali pun biasanya gagal di meja rundingan untuk kenaikan gaji.
 
Ia juga mendapati bahawa wanita lebih kerap memandang rendah akan kebolehan diri sendiri, berbanding lelaki yang sering memberi anggapan lebih tinggi terhadap keupayaan mereka.
 
"Wanita kerap menjadi pasif dan biasanya cuba menunjukkan sikap bahawa mereka seorang yang mengenang budi apabila bertemu majikan untuk menuntut kenaikan gaji," kata Leibbrandt.
Beliau berkata, dalam jangka masa panjang, wanita boleh terperangkap dalam kitaran kerja yang menjengkelkan, terpaksa bekerja lebih kuat tetapi dibayar gaji kurang daripada yang sepatutnya.
 
Pakar perunding psikiatri, Dr Ashish Dewan, berkata perkara ini berkait dengan sikap wanita sendiri yang seringkali mahu mengekalkan keseimbangan di dalam pelbagai perkara.
 
"Mereka mahu disukai dan dianggap sebagai rakan sepasukan. Mereka lebih rela tidak mendapat kenaikan gaji atau menuntut lebih banyak faedah asalkan dapat terus bersama dalam pasukan," katanya. – Agensi
Unknown , Jumaat, Oktober 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog