2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 5:16 PM

29Selasa,Oktober

Sehari makan lebih 500 kalori

Putrajaya, 28 Okt. 2013 - Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengambil lebihan 500 hingga 700 kalori (kcal) sehari.
 
Mengikut Kajian Pengambilan Makanan Orang Dewasa 2013, purata rakyat Malaysia dewasa mengambil 2,500 kcal sehari, berbanding 1,500 kcal disarankan bagi wanita dan 2,000 kcal bagi lelaki.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kalori berlebihan membawa pelbagai masalah dan penyakit kronik, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang kurang mengamalkan aktiviti senaman rutin.
 
"Pengambilan lebihan 500 kcal sehari bagi seseorang individu akan menyebabkan peningkatan berat badan sebanyak setengah hingga satu kilogram (kg) dalam masa seminggu atau dua hingga empat kg dalam masa sebulan.
 
"Untuk 'membakar' 500 kcal itu, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal selama 50 minit atau 68 minit bagi wanita dewasa," katanya pada sidang media pelancaran buku panduan 'Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali' di sini, semalam.
 
Malah, perangkaan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2005-2007 mendedahkan purata rakyat Malaysia mengambil 2,910 kcal sehari.
 
Ia agak tinggi berbanding negara Asean lain seperti Indonesia 2,540 kcal, Thailand (2,530), Filipina (2,520), Myanmar (2,440) dan Kemboja (2,250).
 
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata adalah lebih mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan daripada membakar kalori selepas memakannya.
 
Katanya, sebagai panduan kepada orang ramai agar mengambil makanan secara berhemah terutama pada musim perayaan, kementerian mengeluarkan buku panduan khas.
 
Tingkatkan kesedaran
"Buku panduan ini meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan pemakanan sihat, khususnya semasa sambutan Hari Deepavali kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah berkalori tinggi," katanya.
 
Buku itu boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.moh.gov.my  atau http://nutrion.moh.gov.my.
 
Subramaniam juga berkata, masyarakat India dan Melayu di negara ini didapati kurang memahami mengenai amalan pemakanan yang sihat berbanding kaum Cina.
 
Katanya, berkata rumusan itu dibuat berdasarkan peratusan mereka yang mengalami masalah obesiti dan juga diabetes.
 
Dari segi obesiti, 35.7 peratus ialah kaum India, 32 peratus Melayu dan Cina hanya 19.7 peratus, manakala kes diabetes, kaum India 24.9 peratus, Melayu (17 peratus) dan Cina (13.9 peratus), katanya.
 
Beliau berkata, kes obesiti di negara ini meningkat daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada 2011, manakala penyakit diabetes pula mencatatkan kenaikan daripada 14.9 peratus pada 2006 kepada 20.8 peratus pada 2011. – Bernama
 
 
Unknown , Selasa, Oktober 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog