TIMBA (kanan) makan daging lembu sebanyak empat kilogram setiap hari.
PENCINTA haiwan, Annel Snyman dan singa jantan yang dipeliharanya bagaikan satu simbiosis yang tidak boleh dipisahkan.
Malah, haiwan yang memakan 50 kilogram (kg) daging segar setiap bulan itu menganggap Synman seperti kawan baiknya walaupun sifat liarnya mampu mendatangkan cedera atau membunuh penjaganya itu.
Singa jantan yang diberikan nama Timba seberat 120 kilogram itu bebas berkeliaran dan bermain-main di dapur serta halaman rumah wanita bujang itu yang terletak di Waterburg, Afrika Selatan.
Timba berusia setahun enam bulan itu mula dipelihara Synman sejak Mac tahun lalu.
Dia yang berumur 31 tahun memberitahu, gemar membela haiwan liar.
"Cuma semasa keluarga dan kawan-kawan datang ke rumah mereka perlu menyesuaikan diri di dalam rumah yang mempunyai singa.
"Selain itu, Timba juga akan berkongsi minuman dan makanan yang disediakan kepada tetamu," terang Synman.
TIMBA tidak pernah mencederakan Synman.
Timba akan makan daging lembu sekurang-kurangnya 4kg setiap hari.
Peliknya, haiwan itu juga akan tidur di tilam bersama Synman.
"Jiran-jiran juga terkejut saya memelihara singa malah mereka akan memperlahankan kenderaan untuk melihat Timba lebih dekat," ujarnya.
Minat wanita ini terhadap haiwan liar mula berputik sejak enam tahun lalu semasa dia membuka sebuah rumah tumpangan yang dipanggil Loebies Guestfarm - lokasi tempat tinggal dia sekarang.
Sebagai langkah promosi, dia mengambil keputusan untuk memelihara pelbagai jenis haiwan liar.
Kini, Synman mempunyai ratusan haiwan termasuk kucing hutan, harimau kumbang dan singa.
"Timba juga berenang dengan saya di kolam renang. Saya menganggap ini sebagai satu terapi untuk menenangkan fikiran.
"Saya juga tidak khuatir soal permit menjaga kesemua haiwan ini kerana telah mendapat kebenaran pihak kerajaan," ujarnya.
Katanya, dia menganggap semua haiwan liar itu seperti anaknya. - Kosmo!
Khamis, Oktober 17, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ratu Singa silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "