2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Misteri Charile Chaplin

Para perisik Britain berjaya menggagalkan rancangan dan merungkai kod Nazi tetapi mereka gagal menyelesaikan misteri asal usul pelawak lagenda, Charlie Chaplin.
 
Walaupun penghibur itu dikatakan sebagai salah seorang anak kelahiran London namun fail-fail baru yang didedahkan oleh perisikan Britain, MI5, mendapati tiada rekod yang mendakwa Chaplin dilahirkan di sini pada 16 April 1889.
 
Fail-fail rahsia yang terdahulu dan didedahkan semalam oleh Arkib Nasional Britain menunjukkan penyiasatan agensi perisikan Britain, MI5 terhadap bintang filem bisu pada tahun 1950-an itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang sudah lama mengesyaki dia merupakan orang yang bersimpati dengan fahaman komunis.
 
Para pengintip terkejut kerana tiada rekod kelahiran penghibur tersebut.
 
"Ia nampaknya seperti Chaplin adalah tidak lahir di negara ini atau namanya ketika lahir adalah lain daripada yang disebutkan," kata MI5 yang membuat kesimpulan.
 
Kehidupan Chaplin seperti kisah dalam buku Charles Dickens yang bermula daripada miskin dan kemudian menjadi kaya.
 
Dibesarkan di London dalam keluarga penghibur, dia berpindah ke AS pada tahun 1910 dan menjadi antara kumpulan bintang Hollywood mega yang pertama dengan identiti pakaian selekeh dan memakai topi.
 
Dia juga merupakan pelakon pecah panggung dalam beberapa filem seperti The Gold Rush, City Lights dan The Kid tetapi aktiviti dan ahli sayap kiri yang dikaitkan dengannnya menyebabkan agensi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menyiasat pelakon itu pada awal tahun 1920-an.
 
Pada tahun 1952, akibat kebimbangan penyusupan pengaruh Soviet secara meluas di AS, pihak berkuasa AS meminta MI5 menyiasat hubungan politik Chaplin dan maklumat peribadinya termasuk khabar angin mengenai namanya itu satu penyamaran kerana nama sebenarnya ialah Israel Thornstein. Chaplin mati pada 25 Disember 1977 semasa berumur 88 tahun . – AP
 
Adam Merah , Isnin, Oktober 28, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog