2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Lelaki dakwa rakam gambar Bigfoot

Imej dirakamkan John Stoneman, menunjukkan sepasang makhluk gergasi bertubuh hitam dipercayai Bigfoot yang dilihat di Taman Negara Kinzua, berhampiran Bradford, Pennsylvania, baru-baru ini.

 

PENNSYLVANIA, 3 Okt. 2013 - Seorang lelaki mendakwa berjaya merakam imej sepasang Bigfoot di Taman Negara Kinzua semasa melalui jalan raya berhampiran Bradford, di sini baru-baru ini.

 

John Stoneman, 57, berkata, dia mengesan kelibat makhluk mitos itu semasa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Festival Kinzua Bridge Fall bersama teman wanitanya, dua minggu lalu.

 

Katanya, menyedari terdapat susuk tubuh misteri di sebalik hutan itu, dia terus memperlahankan keretanya dan merakam beberapa gambar makhluk berkenaan menerusi kameranya dari jarak 182 meter.

 

"Saya sendiri ragu-ragu, saya bukannya seorang yang mempercayai kewujudan makhluk itu. Namun, ia bukannya seekor beruang dan anda boleh lihat bulunya.

 

"Mahkluk itu mempunyai bahu yang agak luas. Ketika gambarnya dirakam, ia berdiri dan saya percaya ketinggiannya mencapai 2.1 meter. Cara mahkluk itu berdiri sama seperti manusia, tidak ubah seperti Bigfoot,'' katanya.

 

Stoneman berkata, dia terpaksa meneruskan pemanduannya kerana banyak kereta di belakangnya bergerak perlahan kerana tindakannya merakam gambar makhluk itu.

 

Katanya, ada di antara rakannya menganggap gambar itu adalah akar kayu, namun ia tiada di situ sewaktu dia kembali semula ke lokasi berkenaan.

 

"Kawasan ini memang dikenali sebagai tempat untuk melihat Bigfoot, namun baru kali ini saya berpeluang melihatnya, walaupun saya sering ke situ untuk berburu dan mendaki,'' katanya. - Agensi

 

Marjaki Rawo , Jumaat, Oktober 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog