§ Kanak-kanak lebih terdedah pada jangkitan kulit berbanding orang dewasa
PERTAMA |
kali melihatkan ruam yang dialami anaknya, Cik Nancy (bukan nama sebenar) menyangka ia hanya perkara biasa yang dialami kanak-kanak.
Namun tanpa disedari, keadaan ruam anaknya itu kelihatan membesar.
Bimbang melihatkan keadaan ruam yang membesar itu, suri rumah tersebut telah membawa anaknya ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.
Doktor itu kemudian menasihatkan Cik Nancy agar membawa anak lelakinya itu ke pakar kanak-kanak, di mana beliau kemudian dirujuk pula ke pakar dermatologi.
"Tidak seorang pun doktor atau pakar yang dapat menentukan apa sebenarnya masalah anak saya itu.
"Malah mereka hanya beri ubat yang diletak pada punggung anak saya itu, tapi seperti tidak pulih," katanya.
Berasa tidak puas hati dengan penjelasan dan rawatan yang diberikan para doktor, beliau kemudian membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun itu berjumpa dengan seorang lagi pakar dermatologi, Dr Lynn Chiam.
Dr Chiam, yang merupakan seorang konsultan dermatologi di Pusat Perubatan Pakar Novena Mount Elizabeth, kemudian mencadangkan agar sampel kulit bahagian punggung yang menghidap ruam itu diuji.
Dua hari kemudian, ujian menunjukkan ruam yang dialami kanak-kanak itu sebenarnya diberi nama Molluscum Contagiosum.
Meskipun ruam kulit Molluscum Contagiosum ini biasa dialami kanak-kanak, ramai ibu bapa sebenarnya tidak pernah dengar akan penyakit tersebut.
"Biasanya kanak-kanak mengalaminya di tangan atau kaki, tapi jarang di punggung. Tiada sesiapa tahu bagaimana jangkitan ini boleh berlaku.
"Mungkin bagi kanak-kanak, mereka bermain dengan kanak-kanak lain di sekolah yang telah mengalami masalah itu, lalu dijangkiti penyakit tersebut," katanya lagi.
Masalah ini sekiranya tidak didiagnosis dengan betul, boleh menimbulkan rasa malu dan menjejas emosi kepada seluruh anggota keluarga pesakit - dengan implikasinya ialah kemungkinan pesakit itu telah didera.
Apatah lagi sekiranya ruam itu yang kelihatan agak teruk tumbuh di bahagian punggung dekat kawasan dubur. Penyakit kulit ini kelihatan seperti tumbuhan kecil yang biasanya berwarna merah jambu atau putih atau warna kulit. Ia biasanya lembut dan melengkung ke dalam.
Menurut beberapa laman Internet, virus jenis ini membiak dalam suasana yang hangat dan lembap. Jangkitan ini akan berlaku apabila virus tersebut masuk ke ruang terbuka di permukaan kulit.
"Meskipun ia boleh dijangkiti golongan dewasa, kanak-kanak lebih terdedah.
"Biasanya bagi warga dewasa, mereka mempunyai daya tahan yang tinggi berbanding kanak-kanak," kata Dr Chiam lagi.
Merawat
D |
r Chiam kemudian menggunakan laser Mixto Co2, salah satu daripada beberapa kaedah rawatan berteknologi tinggi yang diamalkan di kliniknya bagi mengatasi masalah kulit.
Ibu kanak-kanak itu telah membawa anaknya itu berjumpa Dr Chiam berulang kali bagi kaedah rawatan tersebut. Dan dalam tempoh sebulan setengah masalah itu telah berjaya dihilangkan.
"Kini saya telah mengajar anak saya cara membersihkan bahagian punggungnya setiap kali selepas menggunakan tandas. Keluarga saya juga kini lebih ketat tentang perihal kebersihan semasa di rumah," ujar Cik Nancy lagi.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "