London, 14 Okt. 2013 - Kerajaan dan sektor swasta di seluruh dunia kini bersaing untuk mendapatkan khidmat pakar keselamatan internet atau wira siber bagi menghadapi pelbagai serangan online yang membawa kerugian besar setiap tahun.
Cabaran utama ialah mendapatkan khidmat wira siber yang sesuai untuk melawan serangan itu yang membabitkan perisik, perbuatan sabotaj, musuh dan penjenayah.
Ibu Pejabat Siber tentera Amerika Syarikat mahu menambah saiznya menjelang 2015 dengan 4,000 petugas baru, peningkatan empat kali ganda.
Britain sudah mengumumkan pembentukan Unit Siber Bersama bulan lalu, langkah yang kemudian diikuti Brazil hingga Indonesia.
Siswa yang ada ijazah komputer boleh ditawarkan gaji AS$100,000 (RM320,000) dengan pendahuluan amaun sama, kadar yang lebih tinggi ditawarkan berbanding Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA).
Gaji RM452,200
Tetapi, pemohon tidak perlu ada ijazah untuk diberi kerja bergaji tinggi itu selagi berupaya melakukan kerja paling rumit termasuk mencari virus dalam perisian, mengenal pasti jangkitan yang sukar dikesan dan mematikan virus dalam komputer, kata pengasas Institut SANS di Washington, Alan Paller.
Mereka yang ada keupayaan tinggi dalam bidang diperlukan itu berpeluang mendapat gaji AS$110,000 hingga AS$140,000 (RM323,000 hingga RM452,200).
Malah, orang yang memiliki kemahiran tertinggi boleh dibayar sehingga AS$200,000 (RM646,000) oleh sektor swasta, kata Paller.
Serangan siber boleh memberi kesan dan kerugian besar. Contohnya, satu syarikat di sini rugi £800 juta (RM4.16 bilion) beberapa tahun lalu.
Rugi RM258.4b
Malah, kerugian di peringkat global dianggarkan AS$80 bilion (RM258.4 bilion) hingga AS$400 bilion (RM1.2 trilion) setahun, menurut kajian Pusat bagi Kajian Strategik dan Antarabangsa yang ditaja unit anti virus McAfee.
Ada pelbagai bentuk serangan termasuk dalam pemindahan wang tetapi biasanya membabitkan aktiviti mencuri butir-butir kad kredit selain serangan menghalang perkhidmatan 'DDOS'.
Bukan orang perseorangan saja yang diserang tetapi juga kerajaan seperti dalam kes Stuxnet.
Virus itu dianggap projek bersama Amerika dan Israel untuk merosakkan loji nuklear Iran di Natanz. - Reuters
Khamis, Oktober 17, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Dunia buru wira siber silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "