Saintis percaya, dinosaur mampu membesar bukan hanya kerana saiz tulangnya, tetapi sendi yang lembut.
NEW JERSEY, 27 Okt. - Satu kajian mendapati, dinosaur mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding mana-mana mamalia kerana haiwan purba tersebut memiliki sendi yang lembut.
Sekumpulan saintis dari Kolej Richard Stockton di New Jersey mendapati, dinosaur mempunyai lapisan rawan tambahan yang menyambungkan tulang sehingga membolehkan rangka mereka mampu menampung berat badan yang besar.
Saintis juga percaya rahsia di sebalik keupayaan dinosaur membesar bukan kerana tulang semata-mata, tetapi disebabkan oleh sendi di antara tulang.
Hasil kajian dan perbandingan yang dijalankan ke atas beberapa haiwan mamalia, reptilia dan burung dengan dinosaur mendapati, tulang mamalia menjadi semakin membulat di hujung bagi menampung berat badannya tanpa meletakkan terlalu banyak beban pada tulang.
Ketika tulang semakin melebar, rawan meregang keluar daripada lapisan nipis tulang, sekali gus membolehkan haiwan tersebut mengimbangi berat badannya.
Sementara itu, bagi reptilia yang dikatakan berasal keturunan dinosaur, tulang haiwan tersebut akan mengembang secara luas dan mendatar ketika berat badan serta saiznya semakin membesar.
Reptilia turut mempunyai rawan berlapis yang menjadikan sendi mereka lebih lembut.
Sendi yang lembut bukan sahaja dapat menampung berat badan yang lebih besar, tetapi juga mampu menanggung tekanan.
Ketua penyelidikan, Matthew Bonnan berkata, dinosaur boleh membesar bukan kerana tulang rawan semata-mata, tetapi disebabkan oleh tulangnya yang ringan dan dipenuhi udara serta memerlukan kurang sokongan berbanding tulang mamalia yang lebih kukuh. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "