Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:56 AM

21Isnin,Oktober

Asteroid diramal langgar bumi 19 tahun lagi

Lakaran artis menunjukkan asteroid 2013 Tv135 menuju ke Bumi.
  • Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki
MIAMI, 20 Oktober 2013 - Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.
 
Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu.
 
"Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi," kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.
 
Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
 
Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.
 
Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.
 
"Mereka menganggarkan kemungkinan ia 'menghentam Bumi' adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan," katanya.
 
Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.
 
"Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar," katanya.
 
Ia juga mendorong Timbalan Perdana Menteri Russia, Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan 'memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.
 
NEOP yang juga dikenali sebagai 'pengawal angkasa lepas' bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini. – Reuters/Agensi
Marjaki Rawo , Isnin, Oktober 21, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog