KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2013 - Orang ramai dinasihat mengamalkan tiga langkah keselamatan, 'lihat, hidu, rasa' sebelum menikmati makanan terutama di majlis tertentu, premis makanan dan kantin sekolah.
Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Dr Othman Warijo berkata, langkah dan kempen oleh Kementerian Kesihatan itu amat penting bagi mengelak kes keracunan makanan terutama hingga menyebabkan maut.
"Langkah ini walaupun nampak remeh tetapi masa beberapa minit mengamalkannya adalah berbaloi bagi mengelak keracunan atau kejadian lebih malang seperti kematian akibat makanan tercemar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya sering kali jika terjadi kes keracunan makanan, banyak pihak menyalahkan pengendali atau penyedia makanan, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan langkah keselamatan sedemikian sebelum menjamu selera.
"Lihat dulu rupa fizikal makanan jika terdapat apa-apa kelainan seperti kuah melekit atau sebagainya. Apabila fizikal makanan itu baik, maka hidu pula baunya jika terdapat bau basi, seterusnya rasa sedikit dan jika yakin ianya segar, boleh makan atau jika sebaliknya tinggalkan makanan tersebut," katanya.
Dr Othman berkata penekanan terhadap langkah keselamatan itu turut perlu dititikberatkan kepada pelajar sekolah sama ada daripada pihak guru atau ibu bapa.
Katanya pencemaran makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun makanan yang dimasak di rumah kerana penyebab utama pencemaran ialah virus atau bakteria dalam proses penyediaan makanan.
"Waktu paling kritikal dan berisiko untuk bahan makanan dicemari oleh bakteria atau virus ialah sewaktu 'holding time' di mana selepas dimasak hinggalah sehingga waktu untuk dimakan.
"Ini kerana makanan yang telah siap dimasak tidak semestinya dimakan dalam waktu terdekat, jika jarak waktu makanan dimasak dan dimakan adalah lama, maka risiko untuk makanan tercemar adalah sangat tinggi," katanya.
Katanya perkara itu terjadi kerana ketika dimasak pada suhu 100 darjah celcius atau lebih, masih ada bakteria atau virus yang kebal kepada suhu masih aktif dan jika tidak disimpan dengan betul, kuman-kuman akan membiak apabila suhu makanan semakin menurun.
Selain itu, makanan juga boleh tercemar sewaktu proses penyimpanan bahan tersebut kerana umumnya makanan seperti sayur-sayuran, ikan dan daging segar perlu disimpan di bawah suhu lapan darjah celcius dan ke bawah bagi mengelak virus dan bakteria daripada aktif.
Justeru katanya, bagi memastikan penyimpanan bahan mentah adalah sempurna dan bebas daripada pencemaran, penyedia atau pengendali makanan perlu memastikan peralatan penyimpanan adalah lengkap termasuk peralatan untuk memasak makanan.
Mereka juga perlu mendapatkan suntikan Typhoid yang diwajibkan ke atas pengendali makanan sebagai vaksin penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi daripada merebak.
Sabtu lalu, empat orang disahkan keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.
Sementara pada Rabu lalu, 36 murid Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang mengalami keracunan makanan selepas dipercayai mengambil makanan yang disediakan kantin sekolah terbabit.
Ini diikuti semalam 25 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah yang dipercayai mengalami keracunan makanan dan terpaksa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Hospital Tapah. - Bernama
Isnin, Oktober 07, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Amal 'lihat, hidu, rasa' elak keracunan makanan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "