Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:02 PM

1Selasa,Oktober

9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak boleh mengembara tanpa gajet

Pada

zaman sekarang, semua orang memang menggunakan gajet dan peranti elektronik tidak kiralah telefon pintar, tablet mahupun komputer riba dan sudah pasti ramai diantara kita yang tidak selesa jika tidak membawa gajet mereka ke mana-mana. Kalau kita lihat disekeliling kita sekarang, semua orang tunduk melihat skrin. Sama seperti penulis.

 

Untuk pengetahuan pembaca, menurut kaji selidik Visa Global Travel Intentions 2013, telefon bimbit adalah pilihan utama sebagai teman percutian bagi pengembara dari Malaysia (89%), diikuti dengan kamera (76%), komputer riba (54%), dan peranti hiburan/permainan tablet (21 %).

 

Peranti elektronik digunakan untuk mendapatkan maklumat penting serta memudahkan penggunanya berkongsi pengalaman pengembaraan mereka dengan rakan-rakan dan keluarga; ini adalah sebabnya mengapa sehingga 73 peratus pengembara dari Malaysia membawa telefon pintar bersama-sama mereka ketika mengembara. Golongan pengembara mewah, khususnya, membawa bersama peranti mereka untuk sentiasa berada dalam talian untuk membolehkan mereka bekerja dengan 71 peratus dari mereka mengakses e-mel mereka ketika diluar negara.

 

Trend terbaru ini bukan saja terhad ketika percutian itu sahaja, dengan 80 peratus pengembara Malaysia berkongsi pengalaman percutian mereka di dalam talian apabila pulang dari percutian. Keupayaan internet juga merupakan aspek penting bagi pengembara Malaysia apabila memilih peralatan mana untuk dibawa bersama ketika bercuti, dimana ianya dipilih sebagai kriteria utama (55%) mendahului aspek-aspek lain seperti saiz dan berat peralatan.

 

Kajiselidik ini juga mendedahkan bahawa lima aktiviti dalam talian yang paling popular dikalangan pengembara dari Malaysia ketika bercuti adalah :

 

Ø  Mengakses e-mel (56%)

Ø  Aplikasi pesanan segera (Whatsapp/SMS/MMS) (50%)

Ø  Berkongsi gambar dengan rakan-rakan dan keluarga di laman sosial (38%)

Ø  Melayari internet untuk mengisi masa lapang (38%)

Ø  Mengemaskini status mereka (36%)

 

Sumber maklumat dalam talian seperti dari laman sesawang ulasan pengembaraan, penyedia perkhidmatan internet, dan laman sesawang pelancongan rasmi digunakan oleh 83% pengembara Malaysia untuk merancang percutian, 77% untuk membuat tempahan perjalanan peribadi dan 75% untuk mendapatkan maklumat semasa mengembara.

 

Kebanyakkan dari kita memang gembar melayari internet untuk mengetahui info terkini. Bahkan, sumber maklumat dalam talian yang menawarkan ulasan dari pengembara lazim serta pelbagai maklumat-maklumat lain seperti kadar tukaran mata wang, gambar-gambar, kemudahan tempahan dan diskaun telah menjadi sumber maklumat utama untuk kebanyakan pengembara Malaysia. Satu petanda positif untuk syarikat penyedia perkhidmatan yang menawarkan maklumat serta rumusan tempahan pengembaraan dalam talian, ialah pengembara-pengembara dari Malaysia mengatakan yang proses tempahan secara talian adalah pantas dan menjadi semakin mudah.

 

Visa menyedari trend ini dan telah pun menyediakan beberapa penyelesaian e-perdagangan untuk memastikan pembayaran dalam talian selamat dan mudah untuk pedagang dan juga pelanggan,” kata Stuart Tomlinson, Pengurus Negara, Visa Malaysia.

Unknown , Selasa, Oktober 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog