Satu kajian mendapati, musang yang menghasilkan kopi luwak menjadi mangsa seksaan pengeluar kopi itu di Indonesia dan Filipina.
LONDON, 24 Sept. 2013 - Kopi Luwak terkenal di seluruh dunia, dan turut mendapat publisiti dalam program Oprah Winfrey Show serta filem, The Bucket List, tetapi ada cerita sedih di belakang populariti kopi itu.
Tidak ramai mengetahui, musang yang menghasilkan kopi paling mahal di dunia itu menjadi mangsa seksaan pengeluar minuman tersebut.
Satu siasatan oleh penyiasat haiwan mendapati, musang berkenaan menerima layanan tidak sewajarnya seperti dikurung di dalam sangkar yang sempit, kotor, serta mengalami jangkitan kulit.
Menurut penyiasat, keadaan mengejutkan yang dialami musang-musang itu didedahkan selepas pemeriksaan dijalankan di ladang-ladang yang menghasilkan kopi luwak di sekitar Indonesia dan Filipina.
Rakaman video yang diambil oleh penyiasat juga menunjukkan, musang-musang terlibat turut mengalami penyakit berkaitan sistem saraf seperti berjalan laju setiap masa, berpusing-pusing dan mendongak kepala, petanda haiwan tersebut berada di bawah tekanan akibat kebosanan dan kemurungan.
Menurut pekerja ladang yang ditemui sepanjang siasatan, musang secara umumnya diletakkan di dalam sangkar selama tiga tahun.
Seorang lagi pekerja ladang mendedahkan, ada antara musang dipaksa makan biji kopi terlalu banyak, mengakibatkannya mengalami kekurangan vitamin dan masalah nutrisi.
Bagaimanapun, penyeksaan dialami musang-musang itu tidak pernah didedahkan sebelum ini, namun pemilik ladang biasanya mendakwa, mereka menghasilkan kopi luwak daripada musang yang hidup bebas di hutan.
Bekas pedagang kopi, Tony Wild yang juga penulis buku Coffee: A Dark History memberitahu BBC, harga kopi luwak boleh mencecah sehingga 60 pound (RM303) secawan, hanya kerana orang ramai percaya ia sukar dihasilkan.
Kopi luwak yang dihasilkan daripada najis musang yang makan biji kopi sebelum ia dibersihkan dan diproses, turut dijual di gedung membeli-belah terkemuka Harrods.
Dalam penyiasatan berasingan oleh BBC, produk kopi luwak terkenal, Wahana Luwak yang dijual di Harrods, dihasilkan oleh sebuah syarikat, Sari Makmur yang menggunakan musang yang dikurung di dalam sangkar.
Perkara itu pada mulanya dinafikan oleh Sari Makmur, namun pekerja mereka mendedahkan sebaliknya, sekali gus membuatkan syarikat itu akhirnya mengaku mereka berbuat demikian. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "