NEW DELHI, 13 Ogos - Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'.
Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian.
Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu.
Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam.
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari lama-laman sembang sosial.
''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam.
''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu.
''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas.
Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan.
''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "