2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:41 AM

28Rabu,Ogos

Tingkat kecergasan, rawat diabetes

Cara untuk terus cergas sepanjang hari ialah dengan mengelakkan daripada, ketagihan kopi dan tidak aktif secara fizikal, tidur berlebihan dan tidur selepas solat Subuh.

 

K

ECERGASAN selepas merokok dan minum kopi bersifat sementara. Rokok dan kopi adalah perangsang adrenal seperti mana gula. Sebaik sahaja diambil ia menyebabkan glukos dilepaskan ke dalam darah dengan pantas dan pada paras tinggi.

 

Namun pada tempoh yang singkat paras glukos darah akan jatuh pada kadar yang pantas juga. Ia menjadikan seseorang mudah lesu atau tidak cergas.

 

Sebab itulah penagih rokok, kopi dan makanan manis perlu menghisap rokok, minum kopi dan mengambil makanan/minuman manis secara kerap sepanjang hari? Dengan menghisap rokok, minum kopi dan mengambil makanan/minuman manis maka paras glukos darah akan meningkat semula.

 

Sesetengah orang bukan sahaja minum kopi tetapi mengambil air tenaga yang mengandungi kafeina. Dua bahan perangsang adrenal dalam air tenaga ialah kafeina dan gula. Selain itu, ada juga yang ketagih dengan minuman yang kaya dengan ekstrak kopi tinggi kafeina.

 

Kopi kaya dengan pelbagai jenis bioflavanoids yang antara lain bersifat antioksidan dan antikanser. Hasil kajian terbaru menunjukkan kopi di Greece merendahkan risiko diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Namun orang Greek minum kopi yang direbus bukan direndam. Jadi kepekatan pelbagai fitokimia kopi dalam setiap cawan adalah tinggi.

 

Kopi Malaysia bergula

D

ari satu segi kopi Greek dikatakan mengandungi kafeina yang rendah berbanding kopi di Amerika Syarikat. Orang Barat minum kopi tanpa/kurang gula! Gula mengurangkan bioavailability antioksidan dan kemungkinan juga pelbagai sifat fitokimia kopi.

 

Sesuatu agen atau bahan yang bersifat mencegah sesuatu masalah kesihatan tertentu misalnya kanser biasanya baik untuk diambil oleh mereka yang mengalami kanser. Namun setakat yang penulis tahu kopi tidak sesuai diminum oleh penghidap diabetes. Ia kerana seperti mana gula, kopi juga menyebabkan glukos dilepaskan ke dalam darah pada paras tinggi. Penghidap diabetes yang mengamalkan gaya hidup holistik untuk merawat diabetes sepatutnya mengelakkan dari minum kopi seperti mana mereka menjauhi minuman bergula.

Mereka boleh teruskan minum kopi beberapa cawan sehari jika mereka memang bergantung kepada ubat-ubatan moden untuk merawat diabetes. Ini kerana sebahagian besar doktor perubatan moden tidak mencadangkan penghidap diabetes agar menjauhi kopi. Ia kerana tugas menurunkan paras gula diserahkan bulat-bulat kepada ubat-ubatan moden yang di preskripsi. Penghidap diabetes biasanya dinasihatkan mengurangkan pengambilan gula dan makanan karbohidrat terutama nasi.

 

Pengamal perubatan moden yang memahami mekanisme bagaimana setiap jenis makanan menjalani tindak balas biokimia dalam tubuh biasanya akan menasihatkan penghidap diabetes agar menjauhi kopi apatah lagi minuman berkafeina yang tinggi sifat rangsangan adrenal seperti air tenaga. Dengan mengawal jenis makanan yang diambil iaitu yang paling utama dengan mengelakkan makanan bersifat perangsang adrenal maka mekanisme semula jadi tubuh untuk kembali normal kepada keseimbangan sedia kala dipercayai dapat dicapai.

 

Minyak kelapa bahan alami

D

oktor perubatan moden hanya mempreskripsikan ubat-ubatan yang sudah tentu disahkan oleh pihak berwajib sama ada dari segi pengeluarannya dan preskripsi. Sebab itu mereka tidak mempreskripsikan minyak kelapa dara kepada penghidap diabetes. Minyak kelapa dara tidak pernah disahkan oleh FDA (Jabatan Pertanian Persekutuan Amerika Syarikat) atau mana-mana badan berautoriti lain dari United Kingdom atau Australia untuk merawat diabetes. Ia hanya diamalkan oleh mereka yang yakin bahawa ia memiliki keistimewaan tersendiri dan tubuh dapat memanfaatkannya.

 

Seorang doktor mendapati paras gula darah seorang penghidap diabetes turun menghampiri paras normal (paras sempadan). Doktor berasa hairan kerana paras gula darah pesakitnya memang tidak pernah mencecah paras sebaik itu lalu bertanya adakah pesakitnya mengambil ubat lain. Setelah didesak akhirnya pesakit memberitahu beliau mengambil minyak kelapa dara setiap pagi.

 

Doktor bertanya bagaimana beliau percaya minyak kelapa dara berupaya membantu mengawal paras gula darahnya namun soalan tersebut tidak mampu dijawab oleh pesakit. Mereka yang ingin tahu rahsia lemak-lemak yang menyihatkan (golongan perubatan moden menganggap lemak/minyak ini semua memudaratkan kesihatan) yang terdiri daripada asid lemak tepu seperti mentega asli, susu segar, santan kelapa segar, lemak haiwan dan minyak kelapa sila baca buku penulis berjudul Diabetes Jenis 2 terbitan Alaf 21.

Minyak dan lemak di atas semuanya telah digunakan oleh nenek moyang pelbagai bangsa dan budaya. Minyak-minyak poli tak tepu (tinggi Omega 6) seperti minyak jagung, bunga matahari, safflower dan soya hanya mula digunakan bermula pertengahan abad ke-20. Para pengusaha minyak-minyak poli tak tepu ini sedaya upaya mencari jalan memburuk-burukkan minyak/lemak tepu dengan menaja penyelidikan yang mana sudah tentu disokong penuh oleh contohnya di Amerika Syarikat oleh FDA sendiri!.

 

Penulis sering mengingatkan pembaca bahawa minyak-minyak poli tak tepu mudah teroksida bukan sahaja ketika menumis/menggoreng malah ketika berada dalam tubuh. Membran sel termak membran mitokondria (kilang penjagaan tenaga dalam sel) dibina dari lemak yang kita biasa ambil. Struktur lemak poli tak tepu yang bengkok dikatakan akan menyebabkan struktur membran sel dan mitokondria menggeleber.

 

Keseimbangan fisiologi penting

K

eadaan ini dipercayai akan mengganggu fungsi pelbagai jenis reseptor yang terletak pada membran sel termasuk reseptor insulin. Maksudnya mereka yang tidak mengalami diabetes dipercayai mudah terdedah kepada diabetes jika mengambil minyak poli tidak tepu secara berpanjangan. Penghidap diabetes pula akan terus menghidapnya jika mengambilnya secara berterusan.

 

Bagaimana minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan paras gula darah dalam penghidap diabetes? Penghidap diabetes sebenarnya mengalami kekebalan insulin (rintangan insulin) di mana sebahagian reseptor insulin tidak dapat menerima hormon insulin untuk berlabuh. Struktur kimia minyak tepu yang lurus membantu membina dan memulihara membran sel secara kukuh. Jadi ia dipercayai membantu reseptor insulin berfungsi secara optimum selain secara langsung memperbanyakkan jumlah pengangkut glukos pada membran sel iaitu GLUT 4.

 

Cara untuk terus cergas sepanjang hari ialah dengan mengelakkan dari perkara yang menyebabkan kelesuan seperti makan makanan tinggi karbohidrat terproses terutama tinggi gula, terlalu kerap makan ubat-ubatan moden (penghidap masalah jantung yang juga mengalami sindrom metabolik misalnya mengambil pelbagai jenis ubat setiap kali makan), ketagihan kopi dan tidak aktif secara fizikal, tidur berlebihan dan tidur selepas solat Subuh.

 

Makan makanan bersantan dan berlemak (minyak sapi, daging berlemak, mentega tulen dan susu segar) sebenarnya membantu seseorang kenyang lebih lama kerana lemak melambatkan pelepasan glukos. Mengambil satu sudu besar minyak kelapa dara sebelum sarapan ialah salah satu cara untuk cergas sepanjang hari.

 

Biasa memakan ulam-ulaman, mengambil herba pahit, mengambil goji (10-15 biji sehari) dan mengambil herba-herba bersifat adaptogen (misalnya Ginseng Siberia atau patawali) amat membantu.

 


*Oleh Wartawan Sinar Harian, 27 Ogos 2013

Unknown , Rabu, Ogos 28, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog