LONDON, 03 Julai 2013 – Dua orang lelaki penghidap HIV yang tidak lagi mengikuti rutin perubatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) selama beberapa bulan selepas masalah kanser masing-masing dirawat dengan terapi sel stem dikatakan telah bebas daripada virus tersebut.
Penemuan pasukan penyelidik itu melaporkan, kedua-dua pesakit yang dirawat di Boston, Amerika Syarikat itu selama ini mengikuti rawatan terapi ubat-ubatan untuk tempoh yang panjang bagi mengawal HIV. Mereka kemudiannya menjalani awatan transplan sel stem selepas menghidap limfoma, iaitu sejenis kanser darah.
Laporan tersebut disampaikan Timothy Henrich dari Fakulti Perubatan Harvard dan Brigham and Women’s Hospital di Boston, ketika menghadiri persidangan Persatuan AIDS Antarabangsa di Kuala Lumpur.
Menurutnya, semenjak kedua-dua lelaki tersebut menerima transplan tersebut, para doktor dilaporkan tidak dapat mengesan sebarang bukti jangkitan HIV.
Begitupun, masih terlalu awal untuk mengesahkan virus berkenaan telah hilang sepenuhnya dari tubuh pesakit-pesakit berkenaan. Salah seorang daripada pesakit itu kini tidak lagi menerima rawatan ubat antiretroviral selama 15 bulan manakala seorang lagi selama tujuh minggu. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "