Jakarta, Selasa, 9 Julai : Satu kaji selidik oleh Lembaga Survei Indonesia (LSI) menunjukkan 52 peratus daripada 1,200 responden tidak percaya dengan ahli politik yang bertugas dalam sistem perundangan, kehakiman dan pentadbiran.
“Pada 2005, ketidakpercayaan rakyat terhadap moral ahli politik mencatat 35 peratus. Pada 2009, ketidakpercayaan itu meningkat kepada 40 peratus dan pada tahun ini, ia melonjak kepada 52 peratus,” kata penyelidik LSI, Rully Akbar pada sidang akhbar semalam.
Menurutnya, pertumbuhan ketara itu akibat daripada fakta bahawa 52 peratus rakyat bersetuju hanya beberapa tokoh politik dianggap sebagai model peranan yang bersesuaian. Pungutan pendapat itu juga mendapati bahawa 65 peratus rakyat percaya terdapat percanggahan ketara antara ahli politik.
Sebahagian daripada 38 peatus responden berkata, sikap dan karakter ahli politik bercanggah dengan pandangan keagamaan mereka.
“Terdapat perbezaan antara dakwaan dan sikap keagamaan ahli politik. Contohnya, individu daripada organisasi keagamaan tertentu biasanya bertindak mengikut pandangan mereka sendiri (tanpa merunding dengan kerajaan terlebih dulu).
“Seperkara lagi, Indonesia ialah negara dengan populasi Islam terbesar tetapi mempunyai kerajaan paling banyak mengamalkan rasuah,” katanya.
Kaji selidik itu dijalankan LSI dari Rabu hingga Jumaat di seluruh 33 wilayah membabitkan penyelidikan kualitatif, analisis media, perbincangan berkumpulan dan wawancara secara terperinci.
“Responden berasal dari bandar dan kawasan luar bandar, berpendidikan dan tidak berpendidikan, lelaki dan wanita daripada pelbagai status ekonomi dan sosial. Ia membabitkan setiap peringkat daripada populasi rakyat Indonesia,” katanya. - Jakarta Globe

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "