2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Shisha: Hormati keputusan Majlis Fatwa

KOTA BHARU, 22 Julai 2013 – Masyarakat terutamanya peniaga dan pengguna shisha di negeri ini dinasihatkan untuk menghormati keputusan pengharaman bahan tersebut di pasaran yang diumumkan Jawatankuasa Fatwa, kelmarin.

 

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, setiap perkara yang diharamkan atau difatwakan itu mempunyai sebab tersendiri terutamanya dalam isu tersebut yang mana boleh memudaratkan rakyat negara ini.

 

“Jangan kita lalai dengan perkara seperti itu,  cuba elak daripada mengembangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keburukan kepada kita sesama Islam mahupun masyarakat bukan Islam.

 

“Sekarang kita tahu, kesan shisha melebihi rokok, maka ia patut diharamkan dan langkah pencegahan perlu ada bagi memastikan rakyat kita selamat dan bebas dari sebarang keburukan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 

Beliau mengulas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan bahawa shisha adalah haram dan diumumkan pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin kelmarin.

 

Shukri berkata, dalam masa yang sama juga masyarakat harus tahu bagaimana cara untuk mengatasi dan menghindari dari sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan dalam diri kita sendiri.

Sementara itu kerajaan negeri turut berharap keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia tentang pengharaman shisha disambut baik rakyat negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Fattah Mahmood berkata, langkah tersebut bagi memastikan rakyat faham tentang kesan penggunaannya yang boleh memudaratkan.

 

“Saya harap rakyat akan ambil perkara ini dari sudut positif, keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan pengguna iaitu yang mana ada sesuatu perkara atau kelakuan yang mungkin boleh datangkan kemudaratan kepada

pemikiran, kesihatan dan sebagainya kita perlu cegah.

 

“Dalam masa yang sama juga kita perlu mencari satu perkara baru yang boleh menjana kebaikan dalam diri kita dan masyarakat, laksanakan bersama-sama, jika ia boleh mendatangkan keburukan, kita mesti hindari,” katanya.

 

Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam sebelum ini telah mengambil langkah awal tidak mengeluarkan lesen perniagaan shisha di negeri ini sehingga keputusan Majlis Fatwa dibuat kelmarin.

Muhammad Ttuyup , Isnin, Julai 22, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog