TUNIS 21 Julai - Bandar fiksyen, Mos Espa yang dibina di gurun Tunisia untuk menjadi set penggambaran bagi filem Star Wars Episode I, kini mengalami ancaman akan tenggelam oleh timbunan pasir dikenali sebagai barchan.
Barchan yang merupakan timbunan pasir berbentuk bulan sabit dijangka menenggelamkan bandar yang menjadi tempat di mana watak utama filem itu, Anakin Skywalker membesar.
Saluran televisyen BBC melaporkan, Barchan semakin mendekati Mos Espa dalam jarak 15 meter setiap tahun.
Keadaan itu amat membimbangkan ekoran kawasan tersebut merupakan tarikan utama pelancongan di Tunisia dengan beribu-ribu pelancong mengunjungi Mos Espa untuk menyaksikan Skywalker membesar yang akhirnya menjadi watak jahat, Darth Vader.
Satu laporan akhbar Independent yang memetik saintis melaporkan, kerajaan Tunisia mungkin merancang untuk mengambil pendekatan bagi mengelak timbunan pasir tersebut memusnahkan bandar fiksyen tersebut.
Penyelidik John Hopkins Universiti, Amerika Syarikat (AS), Dr. Ralph Lorenz berkata, antara pendekatan yang mungkin boleh diambil adalah dengan membina tembok atau pagar untuk menghalang kejadian itu berlaku.
Beliau yang melawat kawasan tersebut pada 2009, mendapati satu set penggambaran Star Wars Episode IV: A New Hope telah pun ditenggelami pasir. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "