2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Salji cair dekatkan Norway, benua Asia

Pembukaan laluan Laut Utara di sepanjang pantai Lautan Artik Russia mengubah pola perdagangan antarabangsa.

 

KIRKENES, 01 Julai 2013 - Bandar Kirkenes paling utara di Norway suatu ketika dahulu pernah menjadi antara kawasan paling jauh dari Asia berbanding pelabuhan Eropah lain tetapi kini menjadi lebih dekat.

 

Ais yang mencair membuka laluan Laut Utara di sepanjang pantai Lautan Artik Russia kini mula mengubah pola perdagangan antarabangsa.

 

"Buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan pembukaan laluan baru di bahagian utara yang akan mempunyai kesan besar kepada perdagangan dan tenaga", kata presiden Persatuan Pemilik Kapal Norway, Sturla Henriksen.

 

Pada 2012, apabila ais mencecah tahap paling rendah dalam rekod, 3.4 juta meter persegi, 46 kapal menggunakan laluan baru, berbanding hanya empat pada 2010, kata agensi perkhidmatan dan pengendali pemecah ais, Russia Rosatomflot.

Jimat masa, kos bahan bakar

D

alam satu perubahan yang membawa kepada revolusi penting, masa perjalanan antara pelabuhan Jepun Yokohama dan Hamburg di Jerman dipendekkan sebanyak 40 peratus manakala belanja bahan bakar berkurangan sebanyak 20 peratus.

 

Jumlah barangan dibawa sepanjang laluan Laut Utara berkembang dengan lebih cepat dalam masa beberapa tahun akan datang daripada 1.26 juta tan tahun lalu kepada 50 juta tan pada 2020, kata Persatuan Pemilik Kapal Norway.

 

Kirkenes, yang menempatkan 3,400 penduduk biasanya sunyi sepanjang musim sejuk, tetapi kini berdepan perkembangan memberangsangkan.

 

Tschudi Shipping Group merancang membuka sebuah hub logistik menyamai hampir 200 padang bola sepak di fjord berhampiran yang bebas ais sepanjang tahun berdekatan Gulf Stream yang panas.

 

Lokasi pelabuhan berkenaan amat strategik. Ia mengambil masa sembilan hari untuk merantau dari kedua-dua Pasifik dan Mediterranean, dan dekat dengan kawasan minyak dan gas utama di Artik selain perlombongan di utara Sweden dan Finland. - Agensi

Marjaki Rawo , Isnin, Julai 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog