2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis cipta 'iKnife' pintar bedah

Seorang saintis menguji penggunaan pisau pintar yang mampu mengesan tisu sel barah.

 

LONDON, 21 Julai 2013 - Saintis berjaya mencipta sejenis pisau pembedahan ‘pintar’ yang boleh mengesan sama ada tisu yang dipotong mempunyai sel barah, menjanjikan pembedahan lebih berkesan dan tepat di masa akan datang.

 

Peralatan itu, dihasilkan penyelidik Imperial College di sini, membenarkan doktor mengurangkan pembedahan tambahan untuk mengeluarkan lebih banyak tumor kanser.

 

Teknologi itu, secara berkesan menggabungkan pisau pembedahan elektrik yang memotong menerusi tisu menggunakan haba dengan jisim spektrometer untuk analisis kimia, juga ditunjukkan berupaya membezakan daging lembu daripada kuda.

 

Satu perlima daripada pesakit barah yang menjalani pembedahan membuang ketulan barah memerlukan pembedahan kedua.

 

Selesai masalah

P

isau bedah baru, ‘iKnife’ direka untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera mengambil sampel asap ketika tisu dipotong menggunakan arus elektrik untuk melihat jika ia mempunyai kanser.

 

Dalam kajian pertama untuk menguji peralatan itu ke atas pesakit, iKnife mendiagnos sampel tisu daripada 91 pesakit dengan 100 peratus ketepatan, lapor penyelidik Sains Perubatan Terjemahan di Imperial College di sini.

 

Ketika ini, tisu yang dikeluarkan dihantar untuk analisis makmal sementara pesakit masih dibius, namun setiap ujian mengambil masa setengah jam, sementara iKnife memberi maklum balas kurang tiga saat.

 

Lihat prestasi iKnife

I

a melakukannya dengan menganalisis maklumat biologi diberi daripada tisu terbakar dan membandingkan penemuan itu dengan satu pangkalan data cap jari biologi daripada tumor dan tisu sihat.

 

“Ia adalah satu inovasi yang benar-benar mengujakan serta teknik amat cerah untuk digunakan ke atas semua jenis pembedahan,” kata Emma King, seorang pakar bedah kepala dan leher di Hospital Southampton, England, yang tidak terbabit dalam penyelidikan itu.

 

Namun, beliau mahu melihat bagaimana prestasi iKnife dalam satu percubaan klinikal secara rawak.

 

Zoltan Takats dari Imperial College, yang mencipta peralatan itu, berkata beliau mensasarkan untuk mengujinya dalam kajian seperti itu, membabitkan antara 1,000 dan 1,500 pesakit dengan pelbagai jenis kanser.

 

Proses percubaan itu kemungkinan mengambil masa dua atau tiga tahun dan setelah itu barulah iKnife diserahkan untuk mendapatkan kelulusan, memberi laluan untuk mengkomersialkannya. - Agensi

Unknown , Isnin, Julai 22, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog