LABUAN, 20 Julai 2013 - Bulan suci Ramadan menguji keimanan ummah dan ujian itu lebih getir bagi bekas pemikir bebas agama seperti Rosmaria Jane Abdullah, 35 yang buat pertama kali menyempurnakan ibadah itu.
Selain daripada menyesuaikan diri dengan tuntutan Ramadan, menunggu sambutan Adilfitri di akhir bulan suci itu juga merupakan pengalaman baru bagi warga Jerman ini yang memeluk Islam pada September 2012.
"Suami saya menunjukkan cara hidup Islam yang mulia dengan kesederhanaan beliau dalam perhubungan dan gaya hidup yang akhirnya membawa saya ke pangkuan Islam."
Rosmaria, bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan rakyat Malaysia dalam sektor minyak dan gas yang menetap di Labuan, semasa pengembaraannya di Thailand tahun lepas.
Mereka berkenalan selama beberapa bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.
PEMIKIR BEBAS AGAMA
B |
eliau menyaksikan perubahan drastik dalam hidupnya sejak memeluk Islam. Sebagai pemikir bebas agama sebelum ini, beliau menganggap dirinya sebagai 'scientologist' dan tidak percaya akan kewujudan tuhan.
"Saya merupakan pemikir bebas agama seperti ramai yang lain di German, walaupun kami percaya pada yang wajar dan yang salah dalam segala apa yang kami lakukan."
Bagi pemikir bebas agama, tiada peraturan tetap akan tatasusila pakaian dan boleh pakai apa sahaja dan juga makan apa sahaja, kata beliau kepada Bernama dalam satu temubual.
Bagaimanapun, selepas memeluk Islam, beliau terpaksa mengharungi perubahan drastik dan mengakui bukan mudah untuk menghindari daripada minuman keras, pakaian yang menjolok mata atau makanan terlarang.
SEMUANYA BERUBAH SELEPAS BERTEMU DENGAN SUAMI
S |
egala-galanya dalam kehidupan beliau berubah selepas bertemu dengan suaminya itu yang memperkenalkan kepada beliau cara hidup yang lebih bermakna dan beliau akhirnya menerima Islam sebagai agamanya.
"Ia bukan kerana beliau sahaja, tetapi selepas bertemu jodoh dengannya bagaikan timbul keinsafan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak pernah merancang atau berhasrat untuk berbuat, walaupun pada awalnya ia agak sukar bagi saya untuk membuat keputusan.
"Kini Ramadan, bulan mulia bagi ummah. Sukar untuk percaya; yang bagi orang seperti saya, yang sebelum ini pemikir bebas agama dengan tiada sambutan untuk diraikan, kini pula berpuasa, berbuka puasa, sembayang lima kali bersama Tarawih di sebelah malam dan bangun awal untuk sediakan juadah bagi Sahur.
"Ia mencabar, dan menguji keimanan saya tetapi saya tidak akan kembali ke kehidupan saya sebelum ini. Saya boleh menghadapi semua ini dan berminat melakukannya."
Rosmaria, yang ibu bapanya terbunuh dalam kemalangan semasa beliau berusia 17 tahun, mempunyai seorang adik yang masih belajar di United Kingdom. Beliau merupakan seorang guru sebelum memutuskan untuk berhijrah ke Malaysia.
MENDALAMI ISLAM
D |
itanya akan langkah-langkah beliau dalam mendalami Islam, katanya: "Saya menghadiri kelas-kelas fardhu ain dan kifayah yang dikelolakan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang mengajar saya cara hidup sebagai Muslimah dan persiapan bagi Ramadan yang berakhir dengan sambutan Hari Raya."
Beliau juga cuba sedaya yang boleh untuk mengelakkan daripada terlalu bergantung pada suaminya untuk mendalami Islam khasnya melihatkan beliau orang yang selama ini berdikari dan membuat keputusan sendiri dalam menentukan halatuju hidupnya.
"Saya mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami Islam dengan menghadiri kelas-kelas agama dan ceramah agama khasnya semasa Ramadan.
"Ia mencabar tetapi seperti yang saya kata, ia satu daripada perjalanan hidup dan seorang ustazah memaklumkan yang saya telah menerima "hidayah".
"Saya tidak kesal kerana memeluk Islam dan sebaliknya berterimakasih dengan perubahan yang saya telah lalui sehingga ini. Belumpun Ramadan, saya tidak sabar untuk melaluinya, walaupun sedar saya perlu banyak lagi belajar sebagai Muslimah."
Di akhir temubual, Rosmaria dan suaminya yang tidak mahu namanya disiarkan segan untuk bergambar dan dengan itu rencana ini tidak diiringi gambar. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "