Peraturan baru perniagaan jual beli secara online di Malaysia akan bermula pada 1 Julai 2013 ini. Tujuan sebenar undang-undang ini dilaksanakan adalah untuk mengelakkan penipuan ketika membuat transaksi secara online.
Peraturan ini diguna pakai kepada semua peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian seperti laman sosial ataupun laman web. Peraturan ini akan dilaksanakan dibawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012.
Tujuan atau Objektif Peratuan Baru Perniagaan Online
1. Untuk mengelakkan sebarang penipuan ketika membuat transaksi secara online.
2. Meningkatkan tahap keselamatan berniaga secara online.
3. Mengelakkan barangan palsu.
4. Memastikan perniagaan secara online di Malaysia lebih diyakini.
Peraturan Wajib Yang Perlu Dipatuhi Perniaga Online
A |
ntara perkara yang perlu dipatuhi web perniagaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012 ialah:
1) Nama perniagaan
2) Nama syarikat dan nama orang yang menjalankan perniagaan;
3) Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat;
4) Alamat e-mail dan premis dan nombor telefon;
5) Butiran mengenai ciri utama barang atau perkhidmatan.
6) Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan, cukai dan kos-kos lain
7) Kaedah pembayaran
8) Terma-terma syarat
9) Anggaran masa penghantaran atau perkhidmatan kepada pembeli.
Kriteria Laman Yang Perlu Ikut Peraturan
· Peraturan ini diguna pakai kepada individu yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau pasar dalam talian termasuk media sosial seperti Facebook dan pengendalian pasar dalam talian.
· Pasar dalam talian adalah tapak web di mana barang atau perkhidmatan dipasarkan oleh pihak ketiga bagi maksud perdagangan manakala pengendali pasar dalam talian bererti seseorang yang menyediakan pasar dalam talian contohnya mudah.my atau lelong.com.my.
Kesalahan atau Denda Jika Langgar Peraturan
A. Kegagalan mematuhi peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.
B. Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali. Selain itu, pertubuhan perbadanan yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM200,000.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "